Banjir di Kelantan, Johor beransur pulih Posted on 01/01/2025 Situasi banjir di Kelantan dan Johor beransur pulih namun di Perak merekodkan peningkatan. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Keadaan banjir di Kelantan dan Johor pagi ini beransur pulih dengan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan namun di Perak merekodkan peningkatan. Di Kelantan, hanya satu PPS masih aktif di Rantau Panjang setakat 8.30 pagi ini dengan 31 mangsa daripada sembilan keluarga berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan Gual Tok Deh. Portal infobanjir.water.gov.my, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula mencatatkan Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi paras bahaya iaitu 9.80 meter berbanding paras bahaya 9.0 meter. Di Johor pula, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Azmi Rohani berkata mangsa banjir di daerah Kota Tinggi kekal 69 orang daripada 17 keluarga yang ditempatkan di dua PPS. Beliau berkata 42 mangsa daripada 12 keluarga masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan Gembut manakala 27 mangsa daripada lima keluarga lagi berlindung di Balai Raya Kampung Perpat. Di Perak, Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri Perak memaklumkan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan pagi ini meningkat kepada 399 orang daripada 86 keluarga, berbanding 52 orang daripada 11 keluarga malam tadi. Kesemua mereka berlindung di Dewan Kampung Asli Chinggung dan Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekiah, Muallim, manakala paras Sungai Slim kini berada pada paras bahaya iaitu 25.41 meter berbanding paras biasa 23.50 meter. News
Rancangan perniagaan, rekod kadar aduan antara faktor U Mobile dipilih Posted on 06/11/2024 Mengenai pegangan saham asing semasa yang dimiliki U Mobile, SKMM kata menjadi tanggungjawab pemegang lesen untuk memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan. PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia rangkaian 5G kedua di Malaysia dibuat berdasarkan beberapa faktor dan melalui proses saringan… Read More
Kontraktor diberi masa hingga 31 Dis siapkan menara Jendela Posted on 13/12/2024 Notis Ketidakpatuhan dikeluarkan 28 Okt lalu kepada semua kontraktor Jendela yang belum menyiapkan projek dianugerahkan kepada mereka. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Kontraktor projek menara telekomunikasi di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela) yang lewat menyiapkan kerja perlu menyelesaikan pembinaan menara itu sebelum 31 Dis ini bagi mengelak diambil tindakan. Timbalan… Read More
Flood-hit Spain drenched by wettest October on record Posted on 09/11/2024 The downpours in Spain peaked during a ferocious Mediterranean storm on Oct 29 that desolated the eastern Valencia region. (AP pic) MADRID: Spain was soaked in its wettest October on record last month which culminated in catastrophic floods that have killed 219 people and left dozens missing, the government said… Read More