Turun sokong Najib tak jejas hubungan Akmal dalam Umno, kata penganalisis Posted on 05/01/2025 Semalam, Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh berkata beliau tetap turun Istana Kehakiman Putrajaya esok untuk menyatakan sokongan kepada bekas perdana menteri Najib Razak. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Keputusan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh untuk hadir menyatakan solidariti kepada bekas perdana menteri Najib Razak di Istana Kehakiman Putrajaya esok tidak akan menjejaskan hubungannya dalam parti, kata penganalisis politik. Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata meskipun tindakan itu dilihat tidak selari dengan ketetapan parti namun Adun Merlimau itu turun atas kapasiti individu. “Sudah tentu sebagai pemimpin dalam Umno, keputusan ini akan dilihat umpama tidak selari dengan parti. Tetapi ini adalah perkara biasa untuk Akmal. Dia lebih selesa berpolitik sendiri dan masih berharap Umno seperti Umno yang dahulu. “Saya rasa orang ramai faham Akmal dan Pemuda ada agenda sendiri dan tidak menggambarkan seluruh Umno,” katanya kepada FMT. Semalam, Akmal berkata beliau tetap akan hadir menyatakan solidariti kepada bekas presiden Umno itu atas kapasiti peribadi walaupun Umno memutuskan untuk tidak meneruskan himpunan tersebut. Umno memutuskan tidak meneruskan perhimpunan solidariti bersama Najib, atas prinsip menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong. Perkembangan itu menyusul kenyataan Istana Negara, yang mengingatkan semua pihak agar menghormati Perlembagaan dan undang-undang bagi memohon keampunan atau pengurangan hukuman seseorang banduan. Lau Zhe Wei yang juga dari UIAM pula berpendapat isu Akmal mahu hadir menyatakan solidariti kepada Najib bukanlah satu isu yang besar dan tidak melanggar pendirian Umno. “Akmal hadir atas kapasiti peribadi, bermakna ia tidak ada kesan terhadap Umno,” katanya. Sebelum ini dilaporkan suatu perhimpunan akan diadakan pada 6 Jan, iaitu hari Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Najib, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan titah adendum yang dikatakan dikeluarkan Agong terdahulu berhubung tahanan rumah. Setakat ini, PAS menyatakan tetap meneruskan himpunan itu walaupun Ketua Polis Putrajaya Aidi Sham Mohamed berkata permohonan untuk mengadakan himpunan tersebut tidak lengkap dan terpaksa ditolak. News
From Brickfields boy to billionaire businessman: How Ananda Krishnan shaped corporate Malaysia Posted on 29/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 28 — Ananda Krishnan, who died today aged 86, leaves an indelible mark in corporate Malaysia having founded several top-notch companies and emerging as among Malaysia’s richest men. Born in Brickfields, here, Ananda founded and built companies in telecommunications, satellite television, oilfield services, and property development –… Read More
Prosecutors file challenge against Rosmah’s acquittal Posted on 20/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 20 — The Attorney General’s Chambers has initiated an appeal over the acquittal of Datin Seri Rosmah Mansor of 17 money laundering and tax evasion charges on Thursday. According to Free Malaysia Today, the notice of appeal was filed this afternoon with the High Court registry. High… Read More
After attacks from Israel, Defence Ministry says has backup plan for Malaysian peacekeepers if Unifil withdraws from Lebanon Posted on 08/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 8 —The government has a backup plan in case the situation in southern Lebanon worsens and the UN Interim Force in Lebanon (UNIFIL) decides to withdraw due to Israel’s aggressive actions. Defence Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin said for now the country’s commitment continues like other… Read More