Sekatan jalan raya menuju Putrajaya esok Posted on 05/01/2025 Seramai 456 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan membuat kawalan keselamatan di Istana Kehakiman dan kawasan sekitarnya, esok. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Beberapa sekatan jalan raya akan dilakukan di jalan masuk ke Putrajaya susulan larangan himpunan solidariti Najib Razak, di Istana Kehakiman, Putrajaya, esok. Ketua Polis Putrajaya Aidi Sham Mohamed, berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu menyertai perhimpunan itu kerana melanggar undang-undang sedia ada. “Polis juga akan mendirikan beberapa sekatan jalan raya di jalan-jalan masuk ke Putrajaya dan akan membuat pemeriksaan ketat ke atas semua orang yang akan memasuki kawasan Putrajaya esok. “Langkah ini adalah bagi memastikan tiada apa-apa senjata, sepanduk dan ‘banner’ yang mengandungi perkataan atau unsur-unsur jelik serta hasutan berhubung dengan perhimpunan esok,” katanya menurut Berita Harian. Sebelum ini dilaporkan suatu perhimpunan akan diadakan pada 6 Jan, iaitu hari Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Najib, terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan titah adendum yang dikatakan dikeluarkan Agong terdahulu berhubung tahanan rumah. Semalam, Aidi Sham menjelaskan himpunan berkenaan tidak mendapat kebenaran permohonan tidak lengkap. Katanya, seramai 456 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan membuat kawalan keselamatan di Istana Kehakiman dan kawasan sekitarnya, esok. Kelmarin, Ketua Polis Negara Razarudin Husain menggesa orang ramai tidak menyertai apa jua perhimpunan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak, demi menghormati Yang di-Pertuan Agong. Gesaan beliau itu menyusul kenyataan Istana Negara, mengingatkan semua pihak menghormati Perlembagaan dan undang-undang bagi memohon pengampunan atau pengurangan hukuman seseorang banduan. News
Khazanah committed to startup investments despite Fashion Valet loss, says minister Posted on 14/11/2024 Finance minister II Amir Hamzah Azizan said Khazanah Nasional Bhd will continue to support local startups and the venture capital ecosystem. (Bernama pic) KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd will continue to invest in local startups despite its failed investment in online fashion retailer Fashion Valet Sdn Bhd, finance minister II… Read More
Commonwealth Student Governance Summit at Limkokwing University champions TVET overhaul to make it more appealing Posted on 19/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 17, 2024 — The Commonwealth Student Governance Summit (CSGS) 2024 witnessed youth leaders and educators urging for Technical and Vocational Education and Training (TVET) — often perceived as less prestigious than traditional academic pathways—to be made more appealing to students and parents. The Commonwealth Student Governance Summit… Read More
Zahid arah jambatan Bailey dibina di 7 lokasi Posted on 02/12/2024 Kerangka jambatan Bailey dibina di Baling, Kedah pada 2022 selepas arus deras memusnahkan jambatan menyebabkan beberapa kampung terputus hubungan. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi mengarahkan supaya gerak kerja bagi pembinaan jambatan Bailey dilaksanakan dalam tempoh 48 jam di kawasan yang terjejas akibat banjir. Zahid yang juga… Read More