KDN haram 6 buku bertentangan budaya, nilai masyarakat Posted on 07/01/2025 Kementerian Dalam Negeri berkata semua buku itu dilarang diterbitkan kerana bertentangan dengan budaya serta nilai murni masyarakat Malaysia. PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewartakan perintah larangan penerbitan, pengedaran dan pemilikan enam buku kerana bertentangan dengan budaya serta nilai murni masyarakat Malaysia. Enam buku itu adalah ‘A Million Kisses in Your Lifetime’ oleh Monica Murphy; ‘Lose You to Find Me’ oleh Erik J Brown; ‘Punai’ oleh Asyraf Bakti; ‘Scattered Showers’ oleh Rainbow Rowell; ‘When Everything Feels Like the Movie’ oleh Raziel Reid dan ‘What If It’s Us’ oleh Becky Albertalli dan Adam Silverra. KDN dalam kenyataan berkata perintah larangan yang berkuat kuasa pada 19 Dis lalu itu diwartakan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Semakan mendapati sekurang-kurangnya tiga buku itu mengandungi unsur atau karakter LGBT ( lesbian, gay, biseksual dan transgender). Katanya, peruntukan di bawah Seksyen 7(1) akta itu menetapkan pencetakan, pengimportan, penghasilan semula, penerbitan, penjualan, pengeluaran, pengelilingan, pengedaran atau pemilikan enam hasil penerbitan tersebut adalah dilarang secara mutlak. “Mana-mana individu yang melanggar larangan itu boleh dihukum mengikut Seksyen 8(2) akta itu yang membawa hukum penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya. “Kerajaan ingin menyatakan komitmen berterusan dalam melaksanakan tindakan kawal selia dan penguatkuasaan bagi mencegah penyebaran elemen, fahaman mahupun gerakan yang bercanggah dengan sosiobudaya tempatan demi keharmonian dan kesejahteraan bersama,” kata kenyataan itu. News
Stinky situation: Sepakat Baru residents in Johor report foul discharge in Sungai Skudai, call for investigation Posted on 11/01/2025 JOHOR BAHRU, Jan 11 — Residents of Kampung Sepakat Baru in Skudai here have expressed concern over the presence of foamy black water discharge emitting a foul smell flowing into Sungai Skudai near the village since the end of last month. Sepakat Baru village resident committee member Azmi Basiran, 54,… Read More
Dollar gains broadly, slips against yen as interest-rate policy in focus Posted on 31/12/2024 The dollar index is on track for a 6.7% gain this year, while the yen has suffered from a wide interest-rate differential between Japan and the US. (EPA Images pic) NEW YORK: The dollar rose broadly on Monday, holding near a two-year high, while the Japanese yen edged up from… Read More
2 suspek, teman wanita direman kes samun berparang di Muar Posted on 21/12/2024 Media sebelum ini melaporkan dua lelaki diburu polis selepas disyaki merompak sebuah rumah dengan bersenjatakan parang dalam kejadian di Taman Sri Treh, Bakri. PETALING JAYA: Dua suspek lelaki serta seorang wanita yang disyaki terbabit dalam kes samun bersenjatakan parang di Muar yang tular Selasa lalu direman tujuh hari bermula hari… Read More