Video TMM 2026 wajar ambil kira elemen Islam, kata menteri agama Posted on 10/01/2025 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Na’im Mokhtar menyambut baik komitmen Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk merombak semula video promosi Tahun Melawat Malaysia 2026. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Komitmen Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) untuk merombak semula video promosi Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 adalah wajar dan tepat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Na’im Mokhtar. Na’im berkata ia mengambil kira latar belakang semangat Perlembagaan yang meletakkan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan selain kemajmukan masyarakat di negara ini. “Selain itu, seperti mana semua sedia maklum, institusi masjid dan surau menjadi imej dan identiti tonggak kepada Malaysia,” katanya yang menyambut baik komitmen Menteri Motac Tiong King Sing. Semalam, Tiong berkata video promosi TMM 2026 akan dibuat semula dengan lebih terperinci bagi mempromosi setiap negeri, dan dijangka dapat disiarkan dalam tempoh seminggu. Beliau berkata Motac dan agensi yang berkaitan diminta menghasilkan video-video promosi, dan membahagikan promosi negeri mengikut zon, memandangkan beliau tidak berpuas hati dengan hasil akhir video yang ditunjukkan kepadanya. Sejak montaj TMM 2026 tersebar, Motac khususnya Tiong menerima kritikan pelbagai pihak yang menggesa video berkenaan ditarik semula kerana didakwa tiada elemen masjid dipaparkan sedangkan terdapat visual rumah ibadat lain seperti gereja dan kuil. Na’im menambah usaha memperkukuh dan memartabat syiar Islam menjadi keutamaan kerajaan, dan sedang giat dilaksanakan oleh kementeriannya melalui agenda Membangun Malaysia Madani dan Pelan Transformasi Al-Falah. “Semua pihak adalah diseru untuk bersama-sama mengambil inisiatif memperkukuh perpaduan demi menjayakan agenda memajukan negara,” katanya. News
At least 27 dead, dozens rescued as migrant boats sink near Tunisia Posted on 03/01/2025 Tunisia is grappling with an unprecedented migration crisis. (AP pic) TUNIS: Tunisia’s coast guard has recovered the bodies of 27 African migrants after two boats they were attempting to cross the Mediterranean in sank off the coast, the national guard said today. The boats sank in waters off the city… Read More
Chinese politicians make rare trip to Taiwan Posted on 16/12/2024 China considers Taiwan part of its territory and relations between them remain fraught. (EPA Images pic) TAIPEI: A group of Chinese politicians arrived in Taiwan today for a rare visit, as relations between Beijing and Taipei remain fraught. China considers Taiwan part of its territory and in recent years has… Read More
Titah adendum Najib tak bangkit ketika mesyuarat, kata PM Posted on 10/12/2024 Bekas perdana menteri, Najib Razak mendakwa Yang di-Pertuan Agong Ke-16, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah mengeluarkan titah adendum untuk menjalani baki hukuman penjara dalam tahanan rumah. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Adendum tahanan rumah ke atas Najib Razak bagi menjalani baki hukuman penjara tidak dibangkitkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan,… Read More