‘Umno ori’ enggan sekongkol jatuh kerajaan, kata Ahli Parlimen Posted on 13/01/2025 Jalaluddin Alias berkata 26 Ahli Parlimen Umno bergerak bersama bagi memastikan kestabilan politik demi pembangunan dan kepentingan rakyat. PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen Umno berkata tiada sebab wakil rakyat parti itu mahu bersekongkol dengan Perikatan Nasional (PN) untuk menjatuhkan kerajaan sebelum PRU16. Ahli Parlimen Jelebu, Jalaluddin Alias, turut menolak dakwaan Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz bahawa tindakan itu bakal disokong 17 daripada 26 wakil ‘Umno Ori’ (asli) di Dewan Rakyat. Jalaluddin Alias. Bercakap kepada FMT, ketua Umno Negeri Sembilan menegaskan tidak wujud istilah seumpama itu sebaliknya 26 Ahli Parlimen Umno bergerak bersama bagi memastikan kestabilan politik demi pembangunan dan kepentingan rakyat. “Tak ada istilah Umno ori tak ori. “PN yang hendak jatuhkan kerajaan, kenapa nak perlu babitkan orang lain…tunggulah PRU16 kerana semua parti boleh tanding bagi mendapatkan mandat rakyat,” kata exco Negeri Sembilan itu. Semalam, Faisal mendakwa 17 daripada 26 Ahli Parlimen Umno yang dilabelnya ‘Umno ori’ mungkin menyokong usaha PN menjatuhkan kerajaan sebelum PRU16, selain memerlukan sokongan wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) serta bebas. Sehubungan itu, Faisal berkata PAS dan Bersatu tidak boleh dilihat berpecah bagi menarik wakil rakyat lawan menyokong PN dalam usaha mencapai sasaran berkenaan. Bung Moktar Radin. Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Moktar Radin, pula berpendapat kenyataan seumpama itu hanya provokasi untuk mengelirukan rakyat dan tidak memberi manfaat kepada negara. “Negara telah melalui satu proses pilihan raya dan kerajaan telah terbentuk mengikut kesesuaian keadaan semasa. “Saya akui kerajaan sekarang memang ada kelemahan tetapi kita tidak boleh jadikan alasan ini untuk menjatuhkan kerajaan sebelum PRU16,” katanya. Isam Isa. Ahli Parlimen Tampin, Isam Isa, mengingatkan pembangkang belajar dari penggal Parlimen lalu yang menyaksikan pentadbiran negara silih berganti menyebabkan kerajaan tidak stabil. “Pada pendapat saya biar kerajaan ini habiskan tempoh mandat, bila sampai masa barulah lawan…itu baru ‘gentleman’. “Pembangkang buatlah kerja dan beri pandangan untuk kebaikan negara,” katanya. News
No new faces, just new portfolios, says Melaka CM on exco reshuffle Posted on 28/12/2024 MELAKA, Dec 27 — Melaka Chief Minister Datuk Seri Ab Rauf Yusoh confirmed that there will be a reshuffle in the State Executive Council (MMK), but stressed that no State Executive Council (Exco) members will be removed from their posts. He said the reshuffle only involves portfolio changes among the… Read More
Brazil police probe deadly, arsenic-laced Christmas cake Posted on 30/12/2024 Police have ordered the exhumation of the suspect’s husband, who they had originally believed died of a foodborne illness. (EPA Images pic) RIO DI JANEIRO: Brazilian police are investigating three deaths and several hospitalisations resulting from a family eating an arsenic-laced Christmas cake, local media reported over the weekend. Three… Read More
4 lelaki diberkas dipercayai terlibat samun di Seri Iskandar Posted on 22/12/2024 Kesemua suspek direman selama lima hari hingga 26 Dis untuk siasatan lanjut, kata Ketua Polis Perak Tengah Hafezul Helmi Hamzah. PETALING JAYA: Polis memberkas empat lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan samun di sekitar Seri Iskandar tidak sampai 24 jam lepas. Ketua Polis Perak Tengah Hafezul Helmi Hamzah berkata, keempat-empat… Read More