Banjir: Mangsa di Pahang meningkat, Johor berkurang Posted on 14/01/2025 Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Johor Siti Rohani Nadir (kanan) memantau keadaan terkini paras air Sungai Johor di Jeti Tun Seri Lanang hari ini. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang mencatatkan sedikit peningkatan manakala di Johor, Sarawak dan Perak tidak jauh berubah. Di PAHANG, jumlah mangsa banjir di daerah Rompin yang ditempatkan di Balai Raya Kampung Jawa setakat 8 malam ini meningkat kepada 168 orang daripada 40 keluarga, berbanding 152 orang daripada 36 keluarga petang tadi. Menurut Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, mereka yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Pantai 3, 4 dan Kampung Jawa. Di JOHOR, jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 2,584 orang berbanding 3,118 orang direkodkan petang tadi, yang berlindung di 31 PPS di empat daerah terjejas. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Azmi Rohani dalam kenyataan memaklumkan Kota Tinggi kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 1,354 orang, diikuti Pontian (643), Kluang (534) dan Johor Bahru 53 orang. Di SARAWAK, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke dua PPS di Kanowit, Sarawak pada malam ini kekal 40 orang. Sekretariat JPBN Sarawak memaklumkan PPS di Dewan Kompleks Sukan Kanowit menempatkan 20 mangsa banjir daripada 13 keluarga, manakala 20 mangsa lagi ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Nanga Ngungun. Di PERAK, jumlah mangsa yang terjejas kekal 31 individu melibatkan sembilan keluarga di daerah Manjung setakat 8 malam ini. Sekretariat JPBN Perak memaklumkan kesemua mangsa dari Kampung Padang Serai, Kampung Kasi dan Kampung Pengkalan Damar masih ditempatkan di PPS Sekolah Agama Rakyat Padang Serai di Beruas, Manjung. News
HRD Corp to continue funding parenting courses, says Anwar Posted on 09/11/2024 Prime Minister Anwar Ibrahim said the initiative by the Human Resource Development Corporation is in support of the National Family Month celebration. KUALA LUMPUR: The Human Resource Development Corporation (HRD Corp) will continue its initiative to fund courses focussed on family development and parenting for employees, using employer levy contributions…. Read More
Jemaah Menteri terima cadangan bahagi fungsi peguam negara, pendakwa raya, kata PM Posted on 21/12/2024 Khamis lepas, gabungan NGO menggesa perdana menteri mengumumkan garis masa yang jelas untuk pengasingan fungsi pendakwaan awam daripada Jabatan Peguam Negara. PETALING JAYA: Jemaah Menteri telah menerima cadangan pembahagian fungsi antara peguam negara dan pendakwa raya dan seorang menteri telah ditugaskan bersama dengan pasukan petugas untuk menelitinya, menurut Perdana Menteri… Read More
Scholz, Putin hold first call in almost 2 years Posted on 16/11/2024 Russian president Vladimir Putin has not spoken to most Nato and western leaders since 2022. (AP pic) BERLIN: German chancellor Olaf Scholz and Russian president Vladimir Putin spoke on the phone today for the first time in almost two years, a German government source told AFP. Scholz stayed on the… Read More