Azalina tak sokong larangan bersuara ke atas adendum Posted on 14/01/2025 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said, berkata kehakiman perlu diberi kebebasan memutuskan perkara berkenaan. (Gambar Facebook) KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said, berkata secara peribadi menentang permohonan larangan bersuara dibuat Jabatan Peguam Negara bagi menghalang orang ramai membincangkan titah adendum Najib Razak, yang membolehkannya menjalani baki pemenjaraan bawah tahanan rumah. Katanya, beliau berpandangan larangan bersuara itu tidak patut dikenakan memandangkan perkara itu sudah menjadi domain awam dan berkemungkinan akan dibincang dalam sidang Dewan Rakyat bulan depan. Namun, beliau mengakui Jabatan Peguam Negara mempunyai alasan tersendiri untuk memohon larangan tersebut, dan menekankan kehakiman dibenarkan bertindak bebas dalam hal berkenaan. “Untuk berlaku adil, saya fikir Jabatan Peguam Negara mempunyai alasan undang-undang sendiri, dan mereka memfailkan permohonan rasmi (larangan bersuara). Jadi, biarlah mahkamah buat keputusan,” katanya kepada pemberita ketika hadir Persidangan Pembiayaan Politik Antarabangsa, di Hotel Majestic. BERITA LANJUT MENYUSUL News
Burglar bleeds out in Kluang break-in gone bad Posted on 16/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 16 — A suspected burglar was found dead after an apparent botched break-in of a house at Sunrise Park in Kluang, Johor, yesterday. The Star reported that the police have since arrested two other suspects from the incident, and were hunting a fourth. Kluang deputy OCPD Supt… Read More
Ketua PAC saran pengambilalihan MAHB ditangguh Posted on 23/12/2024 Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin berpandangan, isu pengambilalihan MAHB mesti diterangkan dengan lebih terperinci dan telus dalam prosiding PAC sebelum sebarang keputusan dibuat. PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan menyiasat pengurusan lapangan terbang, termasuk cadangan pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB). “Sekiranya kerajaan mahu memperlihatkan ketelusan dalam tatakelola… Read More
Grab’s Terengganu partners pocket more than RM10mil in 2023 Posted on 20/11/2024 Grab Malaysia country operations and mobility director Rashid Shukor (left) at a recent Grab Malaysia TechTarik Series event with the platform’s partners in Kuala Terengganu. (Grab pic) PETALING JAYA: Grab’s partners in Terengganu collectively earned over RM10 million on the platform last year, with the regional superapp providing income opportunities… Read More