5 maut kereta dipandu remaja 16 tahun rempuh 4 kenderaan Posted on 15/01/2025 Keadaan kereta yang terlibat dalam kemalangan di Jalan Teo Kui Seng-Stutong Baru di Kuching, Sarawak yang mengorbankan lima mangsa. (Gambar JBPM) PETALING JAYA: Lima maut dan empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Teo Kui Seng-Stutong Baru di Kuching, Sarawak pada tengah hari tadi. Ketua Polis Kuching, Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, empat mangsa termasuk seorang wanita berusia antara 16 hingga 45 tahun maut di lokasi kejadian. Katanya, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun pula disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS). “Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta Proton Saga yang dipandu seorang remaja lelaki berusia 16 tahun dari arah Jalan Lapangan Terbang menghala ke Jalan Seria Raja hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan. “Kereta itu kemudian merempuh dua motosikal dan dua kereta di laluan bertentangan itu,” katanya dalam kenyataan menurut Harian Metro. Empat lagi kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu ialah kereta Toyota Altis, Proton Saga serta dua motosikal jenis Yamaha dan Modenas. Farhan berkata, remaja lelaki berusia 16 tahun cedera di leher dan masih menerima rawatan di HUS. Tiga lagi mangsa yang cedera turut menerima rawatan di hospital sama. Katanya, remaja lelaki itu tidak memiliki lesen memandu akan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu dan berbahaya. “Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat trafik, Lucas Apin di talian 013-8246881 / 082- 259900 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. News
Five die after migrant boat capsizes off Greek island, many feared missing Posted on 15/12/2024 Coastguard boats, merchant vessels, an Italian frigate and naval aircraft have been searching the area. (EPA Images pic) ATHENS: At least five migrants drowned after their wooden boat capsized off Greece’s southern island of Gavdos, the coastguard said on Saturday, and witnesses said many were still missing as search operations… Read More
KL shares succumb to selling pressure to end lower Posted on 20/12/2024 KUALA LUMPUR: Shares on Bursa Malaysia ended the week on a lower note as they continued to face selling pressure, tracking losses in regional peers driven by weak global equity markets performance overnight, said an analyst. Rakuten Trade Sdn Bhd equity research vice-president Thong Pak Leng said investors remained cautious… Read More
Biden in ‘historic’ pledge for poor nations ahead of Trump’s return Posted on 19/11/2024 President Joe Biden speaks during the G20 Summit at the Museum of Modern Art in Rio de Janeiro. (AP pic) RIO DE JENAIRO: US president Joe Biden announced a “historic” US$4 billion pledge for a World Bank fund that helps the world’s poorest countries, the White House said Monday, before Donald… Read More