Lelaki Malaysia poligami nikah di selatan Thai turun 40% Posted on 15/01/2025 Sebelum kuat kuasa larangan, pihak berkuasa agama Narathiwat berkata maksimum lima pasangan negara dinikahkan sehari, namun ketika ini satu ke dua pasangan sahaja. PETALING JAYA: Pasangan Malaysia yang majoritinya mahu berpoligami bernikah di Selatan Thailand menurun 40%, susulan penguatkuasaan larangan rentas sempadan melalui pangkalan haram sejak 1 Dis lalu. Timbalan Presiden Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Aziz Che Mamat, berkata ramai pasangan dari negara ini berusia 30 tahun ke atas membuat keputusan membatalkan perjalanan kerana pemeriksaan ketat. Katanya, sepanjang tahun lalu, lebih 300 pasangan Malaysia berkahwin di Narathiwat dengan majoriti berasal dari Kelantan dan Terengganu. “Tetapi, sejak larangan rentas sempadan guna pangkalan haram, ramai rakyat Malaysia sama ada memutuskan untuk tidak datang ke Narathiwat atau memilih untuk pergi terus ke wilayah Songkhla. “Dalam tempoh sebulan bermula Disember hingga 1 Jan tahun ini, kita merekodkan penurunan kira-kira 40%,” katanya menurut Berita Harian. Beliau berkata, sejak penguatkuasaan larangan rentas sempadan haram dilaksanakan, sekitar empat hingga lima pasangan Malaysia berkahwin di Narathiwat dalam sehari, namun sekarang hanya merekodkan satu atau dua pasangan sehari. “Bagi kami ia tidak sepatutnya menjadi masalah kepada kami untuk menjalankan akad nikah asalkan pasangan mematuhi peraturan dan membawa semua dokumen yang diperlukan. Kita sentiasa memudahkan urusan mereka dan mereka perlu membayar yuran seperti yang ditetapkan,” katanya. Beliau turut berharap pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla dapat melengkapkan dokumen perkahwinan pasangan Malaysia dalam masa sehari. Pada masa sama, Abdul Aziz memaklumkan seramai 30 ahli jawatankuasa dilantik oleh majlis agama itu untuk menikahkan pasangan Malaysia dan Thailand. News
Sultan Nazrin, Tuanku Zara grace Hospital Fatimah’s golden jubilee celebration in Ipoh Posted on 07/12/2024 IPOH, Dec 7 —The Sultan of Perak Sultan Nazrin Shah graced the Golden Jubilee Celebration of Hospital Fatimah here today. Accompanying him was the Raja Permaisuri of Perak Tuanku Zara Salim. Also present were Perak Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, Hospital Fatimah’s Board of Directors chairman Datuk Michael Cheah… Read More
Malaysia’s gig economy surpasses three million workers in 2024, spurring calls for better worker safeguards, protections Posted on 29/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 29 — Malaysia’s gig economy has continued its upward trajectory in 2024, with the number of own-account workers, including gig workers, surpassing three million as of September. The growth reflects the increasing acceptance and reliance of gig work as a viable source of income, the flexibility it… Read More
Musk outlines plans for mass cuts as Trump ‘efficiency’ czar Posted on 21/11/2024 Elon Musk invited Donald Trump to witness a SpaceX test flight on Tuesday, signalling their increasingly close ties. (AP pic) WASHINGTON: Elon Musk outlined plans Wednesday for his new role as “efficiency” czar – signalling an assault on federal spending and staffing that would be backed by president-elect Donald Trump’s executive… Read More