BMI bawah 28 baru boleh naik pangkat, kata KPN Posted on 16/01/2025 Ketua Polis Negara Razarudin Husain, berkata dasar kenaikan pangkat pegawai polis juga ditambah baik pelaksanaan e-Kursus dan Penilaian Kompetensi Dalam Talian (PeKAT). PETALING JAYA: Indeks jisim badan (BMI) kurang daripada 28 perlu dipenuhi untuk dipertimbang naik pangkat, kata Ketua Polis Negara Razarudin Husain. Katanya, berkata syarat BMI itu antara kriteria ditambah bagi memastikan proses kenaikan pangkat menjadi lebih ketat. “Inisiatif ini penting untuk memastikan kesihatan dan kemahiran anggota polis. “Sekali gus meningkatkan keupayaan menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat dan negara,” katanya menurut Berita Harian pada satu majlis di di Kuala Lumpur. Beliau berkata, polis juga telah memperkasakan proses kenaikan pangkat agar lebih telus, adil, dan memberi peluang sama rata. “Dasar kenaikan pangkat pegawai kanan polis ditambah baik melalui pelaksanaan e-Kursus dan Penilaian Kompetensi Dalam Talian (PeKAT). “Ia bertujuan membendung isu pilih kasih, tohmahan dan memastikan pemilihan calon sesuai, cekap dan layak,” katanya. News
Azalina tak sokong larangan bersuara ke atas adendum Posted on 14/01/2025 Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said, berkata kehakiman perlu diberi kebebasan memutuskan perkara berkenaan. (Gambar Facebook) KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said, berkata secara peribadi menentang permohonan larangan bersuara dibuat Jabatan Peguam Negara bagi menghalang orang… Read More
Tengku Zafrul to address speculation on political plans amid rumours of Umno exit, PKR move Posted on 15/12/2024 SABAK BERNAM, Dec 15 — Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz has stated that he will issue an official statement this afternoon regarding his political position. According to The Star, Tengku Zafrul said he is aware of speculations on his plans to quit Umno and join PKR, and to be nominated… Read More
Putra Medical Centre strengthens in-house patient care during flood crisis Posted on 09/12/2024 ALOR SETAR, Dec 9 — In the wake of the recent flood crisis in Kedah, the response from Putra Medical Centre (PMC) has been both swift and strategic. Lee Yong Qian, the brand’s strategic director, spoke to its current efforts and future plans which address the urgent needs of affected… Read More