Bekas pegawai kanan kumpulan media Sarawak direman Posted on 16/01/2025 Bekas pegawai kanan sebuah kumpulan media di Sarawak dibawa ke Mahkamah Majistret Kuching untuk mendapatkan perintah reman bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram. (Gambar Bernama) KUCHING: Bekas pegawai kanan sebuah kumpulan media di Sarawak dan seorang wanita direman bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram di bawah Op Ragada. Perintah reman selama dua hari hingga esok terhadap suspek yang berusia 50-an dan 60-an itu dikeluarkan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan dan Majistret Ling Hui Chuan selepas menerima permohonan daripada polis. Lelaki itu diwakili peguam Roger Chin manakala wanita itu yang merupakan pengarah urusan sebuah syarikat diwakili peguam Shankar Ram. Pada 10 Jan lepas, Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata polis menahan lima individu termasuk seorang pegawai pengurusan tertinggi sebuah syarikat penyiaran tempatan kerana disyaki terbabit dalam kes pengubahan wang haram menerusi Op Ragada. Beliau berkata mereka yang terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun ditahan di beberapa lokasi termasuk di Pulau Pinang dan Sarawak, dengan nilai rampasan aset keseluruhan berjumlah RM17,434,217. Razarudin berkata tangkapan dilakukan oleh Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman selepas menerima maklumat risikan kewangan Suspicious Transaction Report (STR) tentang transaksi meragukan melibatkan beberapa akaun bank dalam tempoh 2017 hingga Sept 2024. Beliau berkata modus operandi dilakukan ialah menjalankan aktiviti jenayah pengubahan wang haram melalui transaksi kewangan yang mencurigakan dan kesalahan pecah amanah jenayah, tipu tender dan menganugerahkan tender kepada diri sendiri atau ahli keluarga. Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001; Seksyen 409, Seksyen 420 dan Seksyen 403 Kanun Keseksaan serta Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009. News
IGP says Khairy Jamaluddin under investigation for criminal defamation and offensive post on Najib’s house arrest document Posted on 13/01/2025 KUALA LUMPUR, Jan 13 — The police will record former Rembau Member of Parliament Khairy Jamaluddin’s statement today over his claim on the existence of an additional document regarding former Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s purported house. Inspector-General of Police Tan Sri Razarudin Husain said Khairy’s statement will… Read More
Kerajaan sedia beri kerjasama jika usaha cari MH370 berhasil Posted on 25/12/2024 Pada 13 Dis lepas, Jemaah Menteri secara prinsip menerima tawaran syarikat robotik marin Ocean Infinity untuk meneruskan operasi pencarian MH370, yang telah hilang sejak sedekad lepas. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan bahawa kerajaan Madani akan memberikan kerjasama penuh jika usaha pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370… Read More
Thunderstorms, heavy rain warning for KL, Putrajaya and eight other states Posted on 06/01/2025 KUALA LUMPUR, Jan 5 — The Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) has issued a warning for thunderstorms, heavy rain and strong winds expected in Kuala Lumpur, Putrajaya and eight states until 9 pm today. In a statement, MetMalaysia said the affected states include Kedah (covering Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling,… Read More