Polis tembak mati 3 suspek penjenayah di Rawang Posted on 18/01/2025 Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Shuhaily Zain berkata semua suspek yang ditembak mati itu disyaki aktif dalam kegiatan curi kereta dan samun. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Polis menembak mati tiga penjenayah yang aktif dalam kegiatan curi kereta dan samun dalam kejadian berbalas tembakan di Persiaran Kota Emerald, di Rawang tengah hari tadi. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Shuhaily Zain berkata sepasukan polis yang menjalankan Op Lejang mengesan kenderaan dinaiki suspek kira-kira jam 12 tengah hari tadi dan cuba menahan mereka. Bagaimanapun, katanya, suspek enggan berhenti dan melepaskan tembakan ke arah polis dan terus melarikan diri. “Polis mengejar suspek sehingga ke Persiaran Kota Emerald sebelum berjaya menembak mati mereka di dalam kereta,” katanya dalam sidang media lapor Sinar Harian. Katanya, modus operandi suspek adalah menggunakan kereta sewa yang ditukar nombor pendaftaran kepada nombor palsu ketika melakukan kegiatan jenayah bagi mengelirukan pihak berkuasa. Shuhaily berkata, dalam kejadian hari ini suspek menggunakan modus operandi sama dengan menyewa kereta dan menukar nombor pendaftaran. “Tahun ini sahaja mereka melakukan sebanyak enam kes curi kereta. Dua suspek yang berusia 40 dan 43 tahun mempunyai rekod jenayah manakala seorang lagi sedang dikenal pasti,” katanya. News
Appeals Court delays ruling on MyCC’s RM86.77m fine appeal against Grab Posted on 19/11/2024 PUTRAJAYA, Nov 18 — The Court of Appeal has reserved its decision on the appeal filed by the Malaysian Competition Commission (MyCC) challenging the High Court’s ruling, which quashed its proposed fine of RM86.77 million against Grab Inc. and its two subsidiaries for alleged anti-competitive practices in the e-hailing sector…. Read More
No resources to monitor national team, says BAM after Liew Daren match-fixing controversy Posted on 25/12/2024 Former national shuttler Liew Daren was recently suspended by the Badminton World Federation for 12 months for betting violations and match-fixing. (Bernama pic) PETALING JAYA: The Badminton Association of Malaysia said it did not have the means to keep tabs on whether national shuttlers were involved in betting or match-fixing. The… Read More
4 lelaki diberkas dipercayai terlibat samun di Seri Iskandar Posted on 22/12/2024 Kesemua suspek direman selama lima hari hingga 26 Dis untuk siasatan lanjut, kata Ketua Polis Perak Tengah Hafezul Helmi Hamzah. PETALING JAYA: Polis memberkas empat lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan samun di sekitar Seri Iskandar tidak sampai 24 jam lepas. Ketua Polis Perak Tengah Hafezul Helmi Hamzah berkata, keempat-empat… Read More