Pakatan maritim Asean ‘mampu pertingkat rundingan’ kod tatalaku Laut China Selatan Posted on 19/01/2025 Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Enrique Manalo mengulangi komitmen penuh pihaknya terhadap rundingan kod tatalaku Laut China Selatan. LANGKAWI: Kerjasama maritim yang dipertingkat dalam kalangan negara Asean boleh membantu memajukan rundingan kod tatalaku Laut China Selatan, kata Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina Enrique Manalo. “Kita ada rundingan asas antara negara Asean dan China, tetapi ini tidak menghalang negara lain daripada mengusahakan kerjasama maritim antara satu sama lain, kerana itu juga akan membantu, walaupun dengan China,” katanya. “Semua ini boleh menjadi dan menyokong rundingan mengenai kod itu,” katanya kepada FMT. Manalo, yang kini berada di Langkawi menghadiri Pemukiman Menteri Luar Asean, mengulangi komitmen penuh Filipina terhadap rundingan kod tatalaku itu, yang bermula pada 2018. Garis panduan tatalaku itu disebut-sebut sejak 1990an susulan tuntutan tegas China ke atas sebahagian besar Laut China Selatan. Manolo berkata, isu-isu kritikal mesti ditangani segera, seperti sama ada kod tatalaku itu akan mengikat dari segi undang-undang, skop serta penjajarannya dengan undang-undang antarabangsa, khususnya konvensyen undang-undang laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). “Hanya dengan cara ini kita benar-benar mampu mendorong dan menggerakkan rundingan,” katanya. “Kita tidak boleh lakukan perkara itu dengan cara yang berkesan melainkan kita juga mula membincangkan isu-isu itu.” Perkembangan kod tatalaku itu perlahan, dalam pada Filipina, salah satu negara peneraju, semakin lantang menyuarakan kepentingan memastikan perjanjian itu substantif dan mengikat dari segi undang-undang Tuntutan China ke atas Laut China Selatan dipertikaikan oleh Filipina, Vietnam, dan Malaysia. Bulan lepas, Malaysia menjadi negara Asia Tenggara pertama yang menandatangani perkongsian strategik komprehensif dengan Vietnam. Difahamkan Indonesia dan Filipina akan turut berbuat perkara sama, ketika negara-negara Asean mula bersatu untuk lebih tegas membantah tuntutan China. News
Cops foil 2 attempts to smuggle nearly RM1mil in plants from Thailand Posted on 18/01/2025 GOF southeast brigade commander Nik Ros Azhan Nik Hamid said the cases are being investigated under the Plant Quarantine Act 1976. (GOF pic) PETALING JAYA: The General Operations Force has foiled two attempts to smuggle in plants valued at more than RM900,000 from Thailand. GOF southeast brigade commander Nik Ros… Read More
Bandar Malaysia master plan under review before submission to DBKL Posted on 03/12/2024 Finance minister Anwar Ibrahim said the Bandar Malaysia development project must be responsibly developed, balancing the environmental ecosystem while providing affordable homes for the people. (File pic) PETALING JAYA: The master plan for the Bandar Malaysia development is being reviewed by the government after it was approved in principle last… Read More
International laws have no bearing on Sarawak’s oil and gas claim, Satok rep tells Zaid Ibrahim Posted on 15/11/2024 KUCHING, Nov 15 — Satok assemblyman Datuk Ibrahim Baki has today downplayed former law minister Datuk Zaid Ibrahim’s remark that Sarawak’s oil and gas claim may be undermined by a ruling on Malaysia’s Malaysia’s bid for Pulau Batu Puteh. Speaking at the Sarawak assembly, the Gabungan Parti Sarawak (GPS) state… Read More