Rancangan perniagaan, rekod kadar aduan antara faktor U Mobile dipilih Posted on 06/11/2024 Mengenai pegangan saham asing semasa yang dimiliki U Mobile, SKMM kata menjadi tanggungjawab pemegang lesen untuk memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan. PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia rangkaian 5G kedua di Malaysia dibuat berdasarkan beberapa faktor dan melalui proses saringan ketat. SKMM berkata proses ketat itu bertujuan memastikan penyedia rangkaian memenuhi piawaian tertinggi dari segi kualiti, kebolehpercayaan dan aksesibiliti perkhidmatan. Menurutnya, pemilihan U Mobile dibuat berdasarkan gabungan beberapa faktor seperti rancangan perniagaan dan teknikal, rekod kadar aduan dan kepuasan pelanggan, serta prestasi mereka dalam melaksanakan inisiatif infrastruktur lain. “Ini termasuk sumbangan memberangsangkan kepada projek Penyediaan Perkhidmatan Sejagat (USP) seperti JENDELA Fasa 1 dan projek penaiktarafan 4G, yang selaras dengan komitmen SKMM untuk meningkatkan pengalaman pengguna dan kecemerlangan perkhidmatan,” katanya dalam kenyataan. 1 Nov lalu, SKMM mengumumkan U Mobile yang dipengerusikan taikun Vincent Tan, dipilih melaksanakan rangkaian 5G kedua negara, mengambil kira ‘perbincangan mendalam merangkumi aspek teknikal dan komersial’. Pengumuman itu menimbulkan pelbagai reaksi termasuk daripada pemain industri antaranya pengendali mudah alih, Maxis, yang mahu berhubung dengan SKMM berhubung rasional pemilihan itu. Maxis, pengendali mudah alih kedua terbesar negara yang dikawal oleh bilionair T Ananda Krishnan, dilaporkan berada dalam kedudukan utama untuk mengetuai pelancaran rangkaian 5G kedua negara itu. Mengenai pegangan saham asing semasa yang dimiliki U Mobile, SKMM berkata menjadi tanggungjawab pemegang lesen untuk memaklumkan kepada suruhanjaya berkenaan sekiranya terdapat sebarang perubahan pegangan saham asing syarikat. Suruhanjaya itu berkata dengan penubuhan rangkaian 5G kedua tersebut, SKMM membuka jalan bagi fleksibiliti dan keterangkuman perkhidmatan yang lebih menyeluruh pada masa hadapan. “Perkembangan ini menggalakkan persaingan dan mengukuhkan ketahanan industri serta membolehkan rakyat menikmati sambungan berkelajuan tinggi pada harga berpatutan,” katanya. News Malaymail
Lebih 180,000 PATI telah dihantar pulang, kaunter repatriasi dilanjut Posted on 16/12/2024 Imigresen jangka ia dapat proses permohonan tambahan repatriasi 4,000 pendatang tanpa izin pada dua Sabtu terakhir bulan ini. (Gambar Bernama) PUTRAJAYA: Imigresen akan membuka kaunter Program Repatriasi Migran pada dua Sabtu terakhir bulan ini, iaitu pada 21 dan 28 Dis di seluruh negara, bagi membolehkan lebih ramai pendatang tanpa izin… Read More
Barca lose 2-1 to Las Palmas on Catalan club’s 125th anniversary Posted on 01/12/2024 Today’s shock victory moves Las Palmas up to 14th place on 15 points. (AP pic) BARCELONA: La Liga leaders Barcelona’s 125th anniversary celebrations were spoiled by Las Palmas who claimed a shock 2-1 win at Estadi Olimpic Lluis Companys today after Fabio Silva scored the winner to extend the hosts’… Read More
French government’s collapse raises questions over Ukraine support Posted on 05/12/2024 French President Emmanuel Macron greets Ukrainian President Volodymyr Zelensky during his visit to the Elysee Palace in Paris. (EPA Images pic) PARIS: The fall of France’s government on Wednesday and the failure to pass a budget could make it difficult for Paris to ramp up its support for Ukraine despite… Read More