Sekolah di Tanjong Karang gempar pondok pengawal dirempuh lori Posted on 09/11/2024 Keadaan lori selepas merempuh pondok pengawal keselamatan Sekolah Kebangsaan Tanjong Karang pagi tadi. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Karang di Selangor gempar selepas sebuah lori merempuh pondok pengawal keselamatannya. Ketua Polis Kuala Selangor, Azaharudin Tajudin, berkata nahas 9.10 pagi tadi itu berlaku di KM60 Jalan Klang-Teluk Intan, depan sekolah berkenaan membabitkan sebuah lori Scania dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra. “Siasatan awal mendapati pemandu MPV lelaki berusia 36 tahun dalam perjalanan dari Tanjong Karang ke Kuala Selangor. “Setibanya di lokasi, lori dari arah bertentangan memasuki jalan dan melanggar Naza Citra di lorong kanan. Kenderaan berat itu seterusnya melanggar pondok pengawal,” katanya menurut Berita Harian. Menurutnya, kedua-dua pemandu kenderaan tidak cedera dan siasatan masih diteruskan mengikut Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalu Lintas Jalan 1959. Terdahulu, tular beberapa gambar menunjukkan kemalangan antara lori yang merempuh pondok pengawal keselamatan dan MPV. News
Fahmi ibarat hubungan PAS-Bersatu ‘retak menanti belah’ Posted on 26/11/2024 Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan Fahmi Fadzil turut menyifatkan prestasi pembangkang sebagai semak dan imbang juga sendu, terutama di dalam sidang Dewan Rakyat. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan PAS dan Bersatu bagaikan ‘retak menanti belah’, kata Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan… Read More
PM Anwar’s global outreach boosts Malaysia’s diplomatic and economic positioning Posted on 23/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 23 — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s recent diplomatic engagements in Egypt, Brazil and other global platforms have positioned Malaysia as a key player in balancing ties between the Global South and Western powers, Universiti Malaya (UM) Security and International Relations analyst Collins Chong Yew Keat… Read More
China warns NZ against joining Aukus amid security concerns Posted on 27/11/2024 New Zealand previously stated it had been gathering information on future Aukus cooperation but made no commitments. (AP pic) WELLINGTON:- Chinese ambassador to New Zealand Wang Xiaolong said that if New Zealand were to join security grouping Aukus it would “inevitably” have negative consequences for the country’s relationship with China…. Read More