WCE Banting-Gelang Patah dijangka pacu perubahan kawasan sepanjang laluan Posted on 10/11/2024 By udot Perdana menteri bulan lepas mengumumkan WCE Banting-Gelang Patah yang mengguna pakai pendekatan Kerjasama Awam-Swasta akan diberi keutamaan tahun depan. (Gambar Bernama) PONTIAN: Pembinaan Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) jajaran Banting ke Gelang Patah dijangka memacu perubahan pembangunan kawasan terlibat. Timbalan Menteri Kerja Raya Ahmad Maslan berkata, pembinaan WCE di jajaran itu antaranya dapat memberikan manfaat pelebaran dan penambahbaikan jalan raya di kawasan terlibat. “WCE akan disambung ke Selatan dan melalui daerah seperti Batu Pahat, Tanjung Piai (Pontian) sampai ke Gelang Patah. “Apabila melalui kawasan berkenaan, seperti Pontian, mungkin jalan raya di daerah itu suatu ketika nanti akan menjadi kepada empat lorong,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana meluluskan projek itu. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Malaysia Iconic Rally Championship 2024 semalam, lapor Bernama. Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook sebelum ini dilaporkan berkata, WCE akan menjadi laluan alternatif bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang sering dihadapi pengguna di Lebuh Raya Utara Selatan. Katanya, selain menyuraikan kesesakan lalu lintas, projek dalam perancangan itu juga memberi kesan positif dalam memacu kemajuan di kawasan sepanjang laluan, sekali gus menyumbang kepada ekonomi setempat. Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Okt lepas mengumumkan WCE Banting-Gelang Patah yang mengguna pakai pendekatan Kerjasama Awam-Swasta akan diberi keutamaan tahun depan. Ketika ini, satu-satunya lebuh raya yang menghubungkan Johor ke Lembah Klang bagi pengangkutan darat seperti lori, bas, kereta dan motosikal ialah Lebuh Raya Utara Selatan, yang dibuka pada 1994. News
Mother and son die in motorcycle-car collision in Tampin Posted on 10/11/2024 Tampin police chief Amiruddien Sariman said the car was reported to have veered into the opposite lane and hit the motorcycle. (PDRM pic) PETALING JAYA: A motorcyclist and his pillion rider were killed in a collision with a car at Km12 Jalan Tampin-Gemas near Tampin, Negeri Sembilan, today. The motorcyclist,… Read More
Mahkamah tolak permohonan Majlis Peguam cabar pengampunan Najib Posted on 11/11/2024 Lembaga pengampunan mengurangkan hukuman penjara bekas perdana menteri Najib Razak daripada 12 kepada enam tahun manakala denda RM120 juta dikurangkan kepada RM50 juta. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Majlis Peguam gagal mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman penjara dan denda bekas perdana Menteri Najib Razak… Read More
Judge scolds defence for repeated questions in Lim Guan Eng’s corruption trial Posted on 14/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 14 — The Sessions Court judge hearing the corruption trial involving former Penang chief minister Lim Guan Eng today rebuked the defence counsel for repeatedly asking the same questions. Judge Azura Alwi noted that the questions raised by the defence had already been answered by the former… Read More