Lebih 17,000 remaja hamil tanpa kahwin, kata Nancy Posted on 10/11/2024 By udot Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri, berkata 44,263 kes kehamilan remaja direkodkan sejak lima tahun lalu. (Gambar Freepik) KUCHING: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Nancy Shukri menyuarakan kebimbangan isu kehamilan remaja, perkahwinan bawah umur, pembuangan bayi, dan pengguguran tidak selamat di negara ini. Beliau berkata, berdasarkan data Kementerian Kesihatan 44,263 kes kehamilan remaja telah direkodkan sejak lima tahun lalu, dan daripada jumlah itu 17,646 melibatkan remaja belum berkahwin. “Sepanjang tempoh 2019 hingga 2023, Sarawak merekodkan 9,258 kes kehamilan remaja dan daripada jumlah ini, 5,627 kes adalah tidak berkahwin semasa hamil. “Di Sarawak, kes kehamilan remaja merekodkan angka yang tinggi disebabkan adanya perkahwinan adat yang membenarkan perkahwinan di bawah umur, selain belum ada pindaan dibuat untuk menetapkan had umur perkahwinan bagi perempuan dinaikkan kepada 18 tahun,” katanya. Nancy yang juga Ahli Parlimen Santubong berkata demikian ketika berucap pada majlis Forum Advokasi Pendidikan Reproduktif dan Sosial (Pekerti) Edisi Ibu Bapa Peringkat Sarawak. Nancy berkata, perbincangan mengenai topik seks seharusnya tidak lagi dianggap sebagai isu yang dilarang atau sensitif, kerana kebimbangan ibu bapa atau masyarakat tentang maklumat kesihatan reproduktif hanya akan menimbulkan rasa ingin tahu dalam kalangan remaja. “Dalam era globalisasi ini, remaja menghadapi pelbagai cabaran seperti pengaruh budaya luar, akses maklumat tanpa had dan tekanan untuk menyesuaikan diri dengan norma sosial yang berubah,” katanya. Kira-kira 200 peserta yang menghadiri forum yang memberi pendedahan dan pengetahuan mengenai kepentingan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial kepada ibu bapa berkenaan diharap dapat membantu dalam proses kemandirian dan sosialisasi remaja. News
Lelaki ditahan, PGA rampas orkid seludup RM145,000 Posted on 15/11/2024 Pokok orkid yang berjaya dirampas Pasukan Gerakan Am semalam selepas dipercayai cuba diseludup masuk dari Thailand. (Gambar Facebook Brige Tenggara PGA) KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup pokok hiasan jenis orkid bernilai RM145,000 selepas menahan sebuah lori di sekatan jalan raya dekat Chang Empat Salam,… Read More
After Bangladesh’s extradition request, Malaysia’s Bestinet and founder deny claims of human trafficking of migrant workers Posted on 06/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 6 – Local firm Bestinet Sdn Bhd and its founder Datuk Seri Aminul Islam today denied any claims or implications linking them to human trafficking or money laundering allegations relating to foreign worker recruitment, also denying being part of any illegal practices or misconduct. The denial was… Read More
2 beranak mengaku tak salah tipu pelaburan durian di Singapura Posted on 22/11/2024 Elly Co dan anak lelakinya didakwa memperdayakan mangsa melabur dalam perniagaan durian di Singapura yang tidak wujud sehingga mendorongnya memindahkan RM55,000 sebanyak dua kali. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura,… Read More