Tampil dengan ikhlas inti pati Akta Perlindungan Pemberi Maklumat Posted on 12/11/2024 Banyak yang diperkatakan oleh pelbagai pihak mengenai perbualan didakwa melibatkan wang dan kemungkinan aktiviti rasuah membabitkan beberapa Adun. Mari kita fahami dahulu peruntukan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 dan semangat yang terkandung ketika kali pertama ia dirangka dan akhirnya dikuatkuasakan. Ia suatu akta untuk memerangi rasuah dan salah laku lain dengan ‘menggalakkan dan memudahkan pendedahan maklumat’ mengenai sebarang tindakan rasuah atau salah laku. Ia seterusnya memberikan perlindungan kepada pemberi maklumat. Susulan itu, mereka yang tampil dengan niat ikhlas untuk mendedahkan maklumat mengenai salah laku sebenar atau potensi salah laku akan dilindungi bawah akta itu. Di sinilah terletaknya inti pati undang-undang ini: ‘tampil dengan niat yang ikhlas’. Ia bukan bertujuan untuk memberikan perlindungan kepada mereka yang ‘tangannya sudah kotor’. Secara zahir, seperti dilaporkan, kelihatan individu tertentu mempunyai maklumat tentang pihak tertentu yang terlibat dalam amalan tidak bermoral. Pokok persoalan itu ialah pemberi maklumat mahu perlindungan di bawah undang-undang supaya dia tidak disiasat. Ia satu paradoks. Jika seseorang itu melaporkan tindakan rasuah tanpa terlibat sama, mengapa perlu ada jaminan bertulis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)? Adakah kita memberi petunjuk bahawa SPRM mungkin boleh berat sebelah? Ini juga boleh dilihat sebagai pemberi maklumat mencari ‘perisai kekebalan’ untuk penglibatannya dalam dakwaan episod rasuah ini. Nampaknya, ini adalah satu kes kesetiaan songsang. Saya akan memberitahu tentang orang lain yang bersalah tetapi jangan siasat saya sama sekali. Ada sesuatu yang mencurigakan di sini. SPRM menjelaskan bahawa siasatan akan terganggu jika laporan tentang tindakan rasuah tersebar kepada umum. Walaupun demikian, seorang Ahli Parlimen meminta butiran agar amalan rasuah yang didakwa itu dapat dibawa ke Parlimen. Drama sebegini tidak diperlukan. Pada akhirnya, adalah terlalu awal dan tidak seharusnya menjadi amalan untuk SPRM mengeluarkan jaminan bahawa pemberi maklumat tidak akan disiasat. Jika pemberi maklumat terlibat, mereka perlu didakwa sepenuhnya di bawah undang-undang. Akta ini bukan kad ‘tidak masuk penjara’ yang boleh digunakan seseorang itu untuk mengelak daripada dihukum. Ini boleh memusnahkan perjuangan antirasuah jika berlindung di belakang peguam yang menjadi wakil pertemuan dengan SPRM dan cuba mengeksploitasi kelompangan dalam mana-mana perundangan untuk kepentingan diri sendiri. Tindakan sedemikian merosakkan usaha membanteras rasuah. Menulis surat kepada perdana menteri meminta pertimbangan beliau dalam perkara ini sendiri akan menjejaskan kebebasan SPRM. Lebih-lebih lagi apabila SPRM hanya diberikan petikan rakaman video. Rakaman seperti itu mungkin tidak membawa apa-apa kesan dan lebih berbahaya lagi jika diambil di luar konteks. Ia mungkin tidak mampu dipertahankan ketika pemeriksaan di mahkamah. Dakwaan portal berita itu, sekiranya betul, bahawa ‘tindakan (terhadap kes ini) akan meningkatkan (reputasi) integriti kerajaan dan SPRM, bukan sahaja di mata rakyat Malaysia tetapi juga antarabangsa’ adalah tidak masuk akal sama sekali. Sebaik sahaja, jika berlaku, SPRM ‘diarahkan’ oleh eksekutif apa yang perlu dilakukan tentang sebarang siasatan, kebebasannya akan hilang begitu sahaja. Bagaimana hendak mengimbangkan keadaan ini? SPRM perlu bertegas dengan pendiriannya untuk tidak mengeluarkan sebarang bentuk jaminan bertulis kerana ia akan merosakkan institusi itu. Jika permintaan seperti itu dibuat, terutama bagi pihak pelanggan, ia harus berdasarkan atas pemikiran yang wajar. Ini kelihatan sangat kurang dalam episod ini. Pada akhirnya, jika sebarang imuniti hendak diberikan atau membabitkan rundingan pengakuan bersalah, ia harus diserahkan kepada peguam negara dan bukannya penyiasat yang ditugaskan untuk mengambil pendekatan holistik dalam kerja mereka. Kesimpulannya, pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat perlu disegerakan, kerana berdasarkan pengalaman saya sendiri dengan SPRM, perundangan ini masih jauh lagi daripada kukuh bagi memenuhi keperluan semasa. Ahli Parlimen perlu berhenti berlengah jika mereka serius dalam usaha meningkatkan kedudukan indeks antirasuah dunia. Kita perlu menetapkan keutamaan kita di tempat yang betul dan mengelakkan daripada perbincangan yang sia-sia. Jika seseorang takut untuk dipanggil, maka fikirkan semula isu ini! Walter Sandosam ialah bekas ahli panel semakan operasi bebas SPRM. Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT. News
Ng Sze Han replaces Gobind as Selangor DAP chairman in party’s new state leadership lineup Posted on 11/11/2024 SHAH ALAM, Nov 10 — Kinrara assemblyman Ng Sze Han has been elected as the new Selangor DAP chairman, taking over from Gobind Singh Deo following the party’s state committee election today. Ng, formerly the Selangor DAP State Secretary, stepped up to the leadership role after earning a spot among… Read More
Mat Sabu denies freeze on Nafas constitution to get rid of Umno influence in national farmers’ group Posted on 10/11/2024 IPOH, Nov 10 — The suspension of the constitution of the National Farmers’ Organisation (NAFAS) is not politically motivated, said Agriculture and Food Security Minister Datuk Seri Mohamad Sabu today. He said the decision was made after a discussion with Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. “The… Read More
Govt plans major overhaul of Sabah’s Cap.123 Ordinance with 48 new sections, addressing citizenship and administrative updates Posted on 20/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 20 — The government is planning to amend the Registration of Births and Deaths Ordinance (Sabah Cap.123) to update and align its provisions to the National Registration Department’s (JPN) current administrative system, said Deputy Home Minister Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah. He said the proposed amendments… Read More