‘Akan kita bersama kembali di masa tertentu’, kata Dr M usai pemergian Daim Posted on 13/11/2024 By udot Dr Mahathir Mohamad Menyifatkan Daim Zainuddin sebagai sahabat bersama dalam berjuang demi bangsa, negara dan agama. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa sedih terhadap pemergian Daim Zainuddin, menteri kewangan dua kali ketika era pentadbirannya. Menyifatkan Daim sebagai sahabat bersama dalam berjuang demi bangsa, negara dan agama, Mahathir berkata tokoh ekonomi itu sepatutnya disanjung kerana sumbangannya kepada negara. “Saya sedih tidak terhingga. Sepatutnya dia disanjung kerana sumbangannya kepada perjuangan tetapi di akhir hayatnya dia diherdik tanpa sebab. “Inikah balasan yang menimpa kerana dendam,” katanya dalam kenyataan. Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata beliau hanya mampu berdoa agar Daim diadili berasaskan keadilan. “Berilah tempat kepadanya di akhirat sebagai pejuang bangsa. Saya hanya mampu berdoa. Akan kita bersama kembali di masa tertentu,” katanya. Daim berkhidmat sebagai menteri kewangan dua kali dilaporkan meninggal dunia pada 8.21 pagi di Hospital Assunta, Petaling Jaya. Penggal pertama berkhidmat pada 1984 hingga 1991 bawah pentadbiran Mahathir, di mana beliau memainkan peranan penting dalam menguruskan ekonomi dan melaksanakan pelarasan struktur. Beliau kembali untuk penggal kedua dari 1999 hingga 2001, sekali lagi bawah Mahathir, untuk menangani isu ekonomi berikutan krisis kewangan Asia. Awal tahun ini, Daim dan isteri Naimah Khalid didakwa di mahkamah atas tuduhan gagal mematuhi terma notis perisytiharan harta dikeluarkan bawah Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Beliau dituduh tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah. Bulan lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengarahkan Daim hadir pada perbicaraan yang diteruskan untuk menentukan sama ada beliau perlu menjalani penilaian mental bagi memastikannya layak untuk dibicarakan. Hakim Azura Alwi menetapkan tarikh 20 Nov ini untuk mendengar hujah tambahan. News
Asian markets stutter with focus on China as Trump picks team Posted on 12/11/2024 The lack of new stimulus from Beijing dampened sentiment after a series of measures unveiled in September fuelled a market rally. (AP pic) HONG KONG: Traders struggled Tuesday to bounce back from the previous day’s losses in most markets sparked by disappointment over China’s economic support measures, while keeping tabs… Read More
Malaysians visiting Thailand beware: Even two ‘pill kuda’ will get you arrested for suspected drug dealing Posted on 19/11/2024 BANGKOK, Nov 19 — Malaysians, be very careful about what you bring into Thailand as according to their laws even two ‘yaba’ or known locally as pil kuda could have you arrested for suspicion of drug dealing. Kosmo Online reported Sungai Golok District Police Chief, Colonel Jadsadavit Inprapan saying authorities… Read More
Prices of 20 fresh produce down over 10% in June-July, says Rafizi Posted on 19/11/2024 Economy minister Rafizi Ramli said if people complain that the prices of goods have soared, then they should send him evidence so the authorities can act. PETALING JAYA: The prices of 20 fresh produce dropped by over 10% from June to July, says economy minister Rafizi Ramli in dismissing claims… Read More