KKM tanggung RM150,000 rawat 1 pesakit Evali, kata Dzulkefly Posted on 14/11/2024 By udot Kerajaan dijangka menanggung RM369 juta setahun menjelang 2030 bagi merawat penyakit berkaitan paru-paru disebabkan penggunaan rokok elektronik atau vape. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi amaran kos rawatan penyakit berkaitan ‘E-cigarette or Vaping Product Use-Associated Lung Injury’ (Evali) dijangka melonjak RM369 juta setahun menjelang 2030. Menterinya, Dzulkefly Ahmad berkata, setakat ini kos rawatan ditanggung kerajaan bagi penyakit Evali dianggarkan RM150,892.11 bagi setiap pesakit yang dimasukkan ke hospital selama 12 hari. “Bermula tahun 2019, sehingga 30 Sept 2024, sebanyak 41 kes Evali dilaporkan ke KKM. “Selain Evali, notifikasi kejadian akibat pendedahan kepada cecair rokok elektronik atau vape yang diterima oleh Pusat Racun Negara telah mencatatkan sebanyak 111 kes dari tahun 2015 hingga 2023,” katanya menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat. Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Alias Razak (PN-Kuala Nerus) yang meminta menteri menyatakan statistik penyakit baharu, Evali dan kos rawatan yang terpaksa ditanggung Kerajaan daripada 2020 hingga 2024. Evali adalah satu penyakit berkaitan kerosakan pada dinding salur pernafasan dalam paru-paru akibat penggunaan rokok elektronik. Sehubungan itu, Dzulkefly berkata, pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024, yang berkuat kuasa sejak 1 Okt, diharap mampu membendung penggunaan rokok elektronik dan vape, khususnya dalam kalangan kanak-kanak dan remaja. Menurutnya, langkah ini bukan sahaja bertujuan melindungi golongan muda daripada pengaruh rokok elektronik, tetapi juga mengurangkan beban kos rawatan ditanggung kerajaan di masa hadapan. “Akta ini meliputi larangan ketat terhadap pengiklanan, promosi, tajaan, serta penjualan produk rokok elektronik kepada golongan bawah umur,” tambahnya. News
Stark warning on emissions as leaders divided at COP29 Posted on 14/11/2024 Albanian prime minister Edi Rama skewered the many leaders who skipped this year’s event. (AP pic) BAKU: Global leaders offered competing visions on how to tackle climate change at UN-led talks today as a new report warned that the world must reach carbon neutrality much sooner than planned. Planet-warming carbon… Read More
Thai police: Solid evidence behind arrest of six Malaysians in Sg Golok, including popular Kelantan folk singer, for possessing yaba pills Posted on 09/11/2024 NARATHIWAT, Nov 9 — Thai police have confirmed that the arrest of six Malaysians, including a female singer, at a hotel in Sungai Golok on Nov 1 was based on solid evidence. Sungai Golok district police chief Col. Pol Jedsadavit Ingprapan said the investigation was supported by evidence found at… Read More
UPNM cadet attack: KL cops record statements from nine, including victim; to question main suspect today Posted on 11/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 11 — City police have stepped up their investigation into a case of alleged bullying at Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), following the injury of a 19-year-old male cadet. Kuala Lumpur police chief Commissioner Datuk Rusdi Mohd Isa said statements have been taken from the alleged victim… Read More