Beban ekonomi 4 penyakit RM64.2 bilion, kata menteri Posted on 14/11/2024 By udot Anggaran beban ekonomi itu merangkumi kos penjagaan kesihatan langsung bagi empat penyakit tidak berjangkit dan kos tidak langsung akibat penurunan produktiviti serta kematian pramatang. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Laporan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) di Malaysia mendapati penyakit kardiovaskular, respiratori kronik, diabetes dan kanser akan menyebabkan negara terpaksa menanggung beban ekonomi dianggarkan berjumlah RM64.2 bilion. Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, berkata laporan itu dihasilkan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan United Nations Interagency Task Force on NCDs. Katanya, anggaran beban ekonomi itu merangkumi kos penjagaan kesihatan langsung bagi empat NCD sebanyak RM12.4 bilion dan kos tidak langsung akibat penurunan produktiviti serta kematian pramatang berjumlah RM51.8 bilion. Katanya, laporan itu juga menggariskan empat intervensi utama yang memberi pulangan pelaburan (ROI) tertinggi dalam tempoh 15 tahun, dengan setiap RM1 dilaburkan dijangka memberikan pulangan RM60.06 untuk program pengurangan garam, RM6.64 (aktiviti fizikal) dan RM5.93 (kawalan tembakau). “Pokoknya, kalau kerajaan berbelanja membuat tumpuan dengan apa pun yang terkait dengan garam, sama ada pengurangan garam, setiap RM1 yang kita belanjakan kita akan berakhir dengan seolah-olah mendapat RM60 pulangan. “Bermaksud, sama ada seseorang itu dapat mengelakkan serangan jantung, angin ahmar atau mengelakkan dia bila ada ‘hypertension’ dia tak pergi kerja. “Semua itu bila diukur dari sudut wang ringgit, ia akan memberikan pulangan setiap RM1 yang dimasukkan dalam tabung itu, kita dapat RM60 semula,” katanya selepas melancarkan laporan itu serta taklimat penguatkuasaan Akta 852 dan Inisiatif Kesihatan Paru-paru Kebangsaan 2025-2030 kepada Ahli Parlimen. Dzulkefly berkata, kerajaan juga sedia mengkaji semula undang-undang berkaitan kawalan rokok elektronik (vape), jika ada penemuan baharu berhubung kesan penggunaannya. News
RM12.8bil in unclaimed money awaiting owners Posted on 14/11/2024 Finance minister II Amir Hamzah Azizan told the Dewan Rakyat that the accountant-general’s department has set up 184 booths nationwide to encourage more people to come forward to claim the unclaimed funds. (Bernama pic) PETALING JAYA: The accountant-general’s department holds a total of RM12.8 billion in unclaimed money, the Dewan… Read More
Wan Saiful gesa umum segera ‘exit strategy’ wakil U Mobile dalam DNB Posted on 22/11/2024 Pada 1 Nov lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengumumkan U Mobile yang dipengerusikan taikun Vincent Tan dipilih melaksanakan rangkaian 5G kedua negara. (Gambar U Mobile) PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) meminta kerajaan mengumumkan segera ‘exit strategy’ wakil U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) dalam Digital Nasional Bhd… Read More
Penang CM tables RM940.22m budget with lowest deficit to date Posted on 22/11/2024 GEORGE TOWN, Nov 22 — Penang Chief Minister Chow Kon Yeow today tabled a RM940.22 million state budget for 2025, with a projected deficit of RM33.63 million. He said the 2025 budget has a projected revenue of RM906.59 million, which led to the lower deficit after taking into account the… Read More