3 lelaki ditahan berkait ragut rantai emas RM30,000 Posted on 17/11/2024 By udot Seorang daripada suspek direman tiga hari manakala dua lagi direman sehari. PETALING JAYA: Tiga lelaki disyaki terlibat kes ragut seutas rantai emas bernilai RM30,000 di Subang Jaya 12 Okt lalu ditahan dalam serbuan berasingan semalam. Ketua Polis Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat, berkata suspek berusia lingkungan 30-an ditahan di Petaling Jaya dan Subang Jaya susulan laporan seorang lelaki tempatan mendakwa disamun seorang daripada mereka. “Semua suspek masing-masing bekerja sebagai penghantar dokumen, pembeli emas dan pembantu kedai emas dengan dua daripadanya mempunyai rekod jenayah dan narkotik. “Semasa serbuan turut dirampas beberapa barang kemas dan resit pembelian emas serta sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC,” katanya dalam kenyataan, menurut Bernama. Wan Azlan berkata, seorang daripada lelaki tersebut direman tiga hari hingga 18 Nov manakala dua lagi direman sehari. “Hasil tangkapan itu, polis berjaya menyelesaikan lapan kes ragut di Subang Jaya dan siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti penglibatan suspek di daerah lain,” katanya. News
Pemimpin PAS gesa PM tolak tajaan lawatan rasmi Posted on 22/11/2024 Naib Presiden PAS Amar Abdullah kata Anwar Ibrahim harus tolak tajaan syarikat swasta untuk lawatan rasmi. PETALING JAYA: Seorang pemimpin PAS menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menolak tajaan syarikat swasta untuk lawatan rasmi, kerana bimbang amalan itu memberi contoh buruk kepada penjawat awam. Naib Presiden Amar Abdullah berkata tindakan menerima… Read More
Dr Mahathir bristles over seeing ‘big Chinese characters’ all over KL Posted on 19/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 18 — Former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad today complained of authorities’ inaction against businesses putting up signs in foreign languages instead of Malay. He said he observed this during a visit to the city during weekends, especially to its newer shopping malls. While he said… Read More
Sabah’s electricity reserve margin at only 5pc, state assembly told Posted on 20/11/2024 KOTA KINABALU, Nov 20 — Sabah currently only has a five per cent reserve margin for its electricity supply, the State Legislative Assembly was told today. Deputy Chief Minister III Datuk Shahelmey Yahya said that Sabah has a generation capacity of 1,226 megawatts (MW), with current demand for electricity around… Read More