SPRM sahkan bekas CEO Sabah Mineral dipanggil berkait kes rasuah Posted on 20/11/2024 Bekas ketua pegawai eksekutif Sabah Mineral Management Sdn Bhd Jontih Enggihon dipanggil untuk dirakam percakapan bagi membantu siasatan, kata Pengarah SPRM Sabah Karunanithy Subbiah. (Gambar PKINK) PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan memanggil bekas ketua pegawai eksekutif Sabah Mineral Management (SMM) Sdn Bhd Jontih Enggihon untuk membantu siasatan berkaitan kes rasuah. Perkara itu disahkan Pengarah SPRM Sabah Karunanithy Subbiah yang memaklumkan bahawa Jontih dipanggil untuk dirakam percakapan, lapor Harian Metro. Difahamkan, Jontih hadir ke ibu pejabat SPRM itu pada 2.30 petang semalam. Dia dipanggil susulan siasatan SPRM berhubung kes rasuah perolehan projek mineral membabitkan ahli perniagaan yang dikaitkan dengan Adun di Sabah. Terdahulu, sebuah portal melaporkan Jontih disoal siasat selama hampir tujuh jam berhubung laporan SPRM yang dibuat terhadapnya. Media sebelum ini melaporkan SPRM sudah memanggil lima Adun Sabah yang disyaki terbabit dakwaan rasuah berkaitan perolehan projek mineral di negeri itu. Menurut agensi itu, siasatan awal berhubung aduan terbabit membawa kepada penemuan maklumat yang mengaitkan beberapa Adun Sabah. Adun terbabit dipanggil susulan dakwaan skandal rasuah berdasarkan klip video memaparkan perbualan mereka yang disebarkan di sebuah portal. News
Paderi Singapura cedera ditikam di gereja Posted on 10/11/2024 Kejadian tikaman berlaku di Gereja St Joseph di Bukit Timah melibatkan paderi, Christopher Lee. (Gambar Facebook) SINGAPURA: Seorang paderi cedera dalam serangan menggunakan pisau semasa upacara misa di Gereja St Joseph di Bukit Timah, pada petang Sabtu. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri dan Undang-Undang Singapura, K Shanmugam, berkata paderi itu… Read More
PM Anwar to lead two-year Madani govt milestone this Saturday Posted on 20/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 20 — Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim is scheduled to officiate the Two Years of Madani Government (2TM) Programme and the 2024 National Convention on Public Service Reform slated to be held at the Kuala Lumpur Convention Centre this Saturday. According to the programme itinerary shared… Read More
U Mobile promises better, more affordable services for Malaysians with second 5G network Posted on 10/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 10 — Following Tan Sri Vincent Tan’s statement defending U Mobile’s award for Malaysia’s second 5G network, the orange telco has issued a press release highlighting that it is in the best position to roll out a new 5G network for the country. It also reiterated that… Read More