Pesara rugi RM260,000 angkara ‘phone scam’ Posted on 23/11/2024 By udot Polis mengingatkan masyarakat sentiasa peka dengan trend penipuan dalam talian berikutan modus operandi penjenayah sentiasa berubah dan semakin canggih dengan perkembangan teknologi. KUANTAN: Seorang pesara kerugian RM260,950 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan menyamar sebagai pegawai dari Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dan polis. Ketua Polis Pahang, Yahaya Othman, berkata wanita berusia 61 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek yang menyamar sebagai pegawai NSRC dan mendakwanya terlibat dengan aktiviti judi dalam talian serta pengubahan wang haram pada September lalu. Beliau berkata, panggilan kemudian disambungkan kepada individu yang menyamar sebagai pegawai polis dan menyatakan terdapat waran tangkap terhadapnya berikutan sejumlah RM1.18 juta telah dimasukkan ke dalam akaun bank pesara tersebut. “Pada 27 Okt lepas, mangsa telah diarahkan untuk memindahkan wang simpanan Tabung Haji sebanyak RM120,000 ke dalam akaun bank miliknya serta turut diarahkan supaya Kad ATM berserta nombor pin mangsa diletakkan di lokasi yang diberikan, kononnya bagi tujuan siasatan Jabatan Audit Negara. ”Mangsa mula menyedari ditipu setelah mendapati wang dalam akaun bank miliknya sebanyak RM260,950 termasuk wang simpanan Tabung Haji tersebut telah dikeluarkan suspek,” katanya dalam kenyataan. Yahaya turut menasihati orang ramai membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkaitan sebaik menerima panggilan meragukan bagi mengelak menjadi mangsa penipuan. Katanya, masyarakat juga diingatkan sentiasa peka dengan trend penipuan dalam talian berikutan modus operandi penjenayah sentiasa berubah dan semakin canggih dengan perkembangan teknologi. News
Judge scolds defence for repeated questions in Lim Guan Eng’s corruption trial Posted on 14/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 14 — The Sessions Court judge hearing the corruption trial involving former Penang chief minister Lim Guan Eng today rebuked the defence counsel for repeatedly asking the same questions. Judge Azura Alwi noted that the questions raised by the defence had already been answered by the former… Read More
Nik Nazmi: Forest reserve equal to 400 Titiwangsa parks illegally stripped Posted on 19/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 19 — Malaysia’s Permanent Forest Reserves (PFR) have suffered illegal encroachment on 38,376 hectares of land, or over 400 times the size of Titiwangsa Lake Gardens. According to Natural Resources and Environmental Sustainability Minister Nik Nazmi Nik Ahmad, the encroachment persisted despite such activities being punishable by… Read More
Timing of Singapore’s elections still undecided, says PM Posted on 09/11/2024 Singapore prime minister Lawrence Wong said “we won’t do these things quietly” when asked about the next general election. (AP pic) SINGAPORE: The timing of the next Singapore general election has yet to be decided, Prime Minister Lawrence Wong said today. Stating that the people would know once the process… Read More