BN ketengah banyak calon muda, muka baharu pada PRU16, kata Zahid Posted on 24/11/2024 Usaha meletakkan calon muda atau muka baharu adalah antara langkah yang digariskan dalam memperkukuh parti komponen BN untuk meraih sokongan rakyat, kata Pengerusi BN Zahid Hamidi. (Gambar Bernama) IPOH: Barisan Nasional (BN) akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutamanya daripada kalangan anak muda, pada PRU16, kata Pengerusi BN Zahid Hamidi. Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, usaha itu menjadi satu daripada lima langkah yang digariskan dalam memperkukuh parti-parti komponen BN untuk meraih sokongan rakyat. “Saya merasakan bahawa kita tiada pilihan untuk mengetengahkan calon-calon muka baharu, terutamanya dalam kalangan anak muda,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen BN Perak hari ini. “Kesesuaian calon bukan sekadar usia muda, tetapi mereka yang berpengalaman dan berakar umbi berpotensi membawa kemenangan gemilang.” Turut hadir, Setiausaha Agung BN Zambry Abd Kadir; Pengerusi BN Perak Saarani Mohamad, yang juga menteri besar; Bendahari Agung MIC M Ramasamy merangkap pengerusi MIC Perak; dan Timbalan Presiden MCA Mah Hang Soon yang juga pengerusi MCA Perak. Selain itu, wakil Pakatan Harapan (PH) yang turut hadir termasuk Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi; Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee, yang juga bendahari DAP Perak; serta Pengerusi PKR Perak Mohamad Hairul Amir Sabri. Zahid berkata, contoh terbaik ialah kemenangan BN di PRK Nenggiri sebelum ini, apabila gabungan itu berjaya merampas kawasan di negeri pembangkang dengan menampilkan calon anak muda. “Kita masih mampu menang jika kita melakukan ‘game changer’ di kawasan tertentu. Di Mahkota, kita sekali lagi membuktikan hipotesis itu benar. Ini bukan soal mengetepikan pemimpin lama, tetapi mewujudkan kombinasi yang baik antara generasi lama dan baharu. “Kita pernah diberi peluang ketika muda, dan kini menjadi tanggungjawab kita untuk membuka ruang kepada calon muda untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang,” katanya. Ditanya mengenai proses pemilihan calon, Zahid berkata BN, khususnya di Perak, telah menyusun strategi untuk memastikan calon terbaik diketengahkan. Berkenaan rundingan kerusi dengan PH untuk PRU16, Zahid yang juga presiden Umno berkata, parti dalam kerajaan perpaduan boleh memberi cadangan tetapi kepercayaan mesti diberikan kepada kepimpinan atasan untuk membuat keputusan bagi mengelakkan berlakunya pertindihan kerusi. Bagaimanapun, katanya, tiada perbincangan mengenai perkara itu setakat ini, sebaliknya perkara itu dijangka hanya akan dibincangkan selepas Parlimen dan DUN bubar. News
Video rasuah Adun mungkin bertujuan lemahkan kerajaan negeri, kata Hajiji Posted on 16/11/2024 Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor berkata, beliau menyerahkan kepada pihak berwajib untuk menyiasat dakwaan Adun terlibat rasuah kerana ia ‘mempunyai motif-motif tertentu’. PETALING JAYA: Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor berkata, rakaman audio dan video menunjukkan Adun Sabah dikatakan terlibat dengan amalan rasuah disebarkan berkemungkinan bertujuan ‘melemahkan’ kerajaannya. Bercakap kepada pemberita… Read More
Immature of Anwar to compare Bersih’s ‘D’ grade to UPSR exam, says PAS veep Posted on 22/11/2024 PAS vice-president Amar Abdullah said the people do not need rhetoric or jokes, but concrete actions that bring real change. (Facebook pic) PETALING JAYA: PAS vice-president Amar Abdullah has criticised Prime Minister Anwar Ibrahim for likening Bersih’s “D” grade on the government’s performance to a UPSR exam, deeming his remarks… Read More
Spain fines ‘abusive’ budget airlines US$187mil Posted on 23/11/2024 Volotea and Vueling are among five carriers charged by the Spanish government. (EPA Image pic) MADRID: Spain’s leftist government said Friday it has fined five budget airlines including Ryanair and EasyJet €179 million (US$187 million) for “abusive practices” such as charging passengers for hand luggage. The carriers, which included Spanish… Read More