Adakah perlu diberitahu untuk bersuara, Dr M soal 3 bekas menteri Posted on 12/12/2024 Bekas PM Dr Mahathir Mohamad berkata, menteri-menteri perlu memberi perhatian ketika mesyuarat Jemaah Menteri dan menyuarakan pandangan mereka jika ada. PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad membidas tiga bekas menteri yang berkata mereka tiada peluang menyuarakan pandangan mengenai isu Batu Puteh apabila beliau membangkitkannya semasa mesyuarat Jemaah Menteri pada 2018. Bekas perdana menteri itu berkata, beliau ‘agak hairan’ ketiga-tiga bekas menteri itu memberi alasan mereka gagal menyuarakan pandangan kerana hanya ‘dimaklumkan’ tentang keputusannya. Beliau mempersoalkan sama ada sesuatu isu itu tidak boleh dibahaskan setelah dimaklumkan. “Apakah mereka perlu saya beritahu bahawa mereka perlu beri pendapat atau pandangan baru mereka akan berbuat demikian?” soal Mahathir dalam kenyataan menerusi peguamnya, Rafique Rashid. “Jika pandangan saya terhadap isu tersebut salah atau tidak mereka persetujui mereka tidak akan bangkang atau beri pendapat kerana saya hanya maklum?” Mahathir berkata, menteri-menteri perlu memberi perhatian ketika mesyuarat Jemaah Menteri dan menyuarakan pandangan mereka jika ada. Jika menteri berdiam diri atau tidak menyatakan bantahan, ‘maka ianya diterima sebagai mereka bersetuju dengan apa yang dimaklum atau dibentang’, tambahnya. “Seingat saya, di dalam mesyuarat tersebut, diminitkan bahawa kesemua anggota termasuk yang bertiga itu, mereka semua bersetuju dengan pandangan/makluman saya terhadap isu itu,” katanya. Awal hari ini, Dr Wan Azizah Ismail, Loke Siew Fook dan Mohamad Sabu berkata, mereka hanya dimaklumkan mengenai keputusan Mahathir untuk tidak meneruskan permohonan menyemak dan mentafsir keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung isu Batu Puteh pada 2008. Mereka juga berkata, isu sama ada membantah atau menyokong keputusan itu tidak timbul kerana tidak wujud ‘ruang membuat keputusan’ memandangkan Mahathir sudah menyatakannya secara bertulis. Pada masa itu, Wan Azizah, Loke dan Mohamad masing-masing merupakan timbalan perdana menteri, menteri pengangkutan dan menteri pertahanan. Pada Selasa, Mahathir menafikan dapatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bahawa beliau bertindak secara unilateral apabila memutuskan tidak meneruskan permohonan agar ICJ menyemak keputusannya menganugerahkan kedaulatan Batu Puteh kepada Singapura. Mahathir berkata, Wan Azizah, bekas menteri kewangan Lim Guan Eng, dan bekas menteri dalam negeri Muhyiddin Yassin antara yang hadir pada mesyuarat Jemaah Menteri ketika isu itu dibangkitkan. Menurut RCI, Mahathir sebagai perdana menteri ketika itu menulis kepada peguam cara negara pada 21 Mei 2018, menyatakan bahawa pada pandangan beliau, ‘usaha ini tidak perlu diteruskan’, merujuk kepada permohonan semakan keputusan ICJ. Tambahnya, Singapura dimaklumkan bahawa Malaysia akan menggugurkan kedua-dua permohonan itu pada 9 pagi 23 Mei 2018, sedangkan Jemaah Menteri hanya bermesyuarat pada 9.30 pagi hari itu dan membincangkan isu itu kemudian bawah ‘hal-hal lain’. News
Malaysians visiting Thailand beware: Even two ‘pill kuda’ will get you arrested for suspected drug dealing Posted on 19/11/2024 BANGKOK, Nov 19 — Malaysians, be very careful about what you bring into Thailand as according to their laws even two ‘yaba’ or known locally as pil kuda could have you arrested for suspicion of drug dealing. Kosmo Online reported Sungai Golok District Police Chief, Colonel Jadsadavit Inprapan saying authorities… Read More
King and Queen mourn passing of Johor Council of Royal Court secretary Posted on 17/11/2024 JOHOR BAHRU, Nov 16 — His Majesty, Sultan Ibrahim, the King of Malaysia and Her Majesty Raja Zarith Sofiah, the Queen of Malaysia expressed their condolences over the demise of Johor Council of Royal Court secretary and former Johor State Secretary Datuk Abdul Latiff Yusof. Information on his death was… Read More
Malcolm X’s family sues US law enforcement agencies over assassination Posted on 16/11/2024 Malcolm X became prominent in the US as the national spokesman of the Nation of Islam. (AFP pic) ATLANTA: The family of Malcolm X, a rebel civil-rights leader who was assassinated almost 60 years ago, filed a US$100 million federal lawsuit today that accuses the FBI, CIA and New York… Read More