Adun DAP kritik kecuaian pengurusan kewangan PP Posted on 26/11/2024 Adun Air Itam Joseph Ng menggesa kerajaan Pulau Pinang mendedahkan jumlah terkini tunggakan cukai tanah dan langkah diambil untuk menanganinya. (Gambar Facebook) GEORGE TOWN: Seorang Adun DAP mengkritik kerajaan Pulau Pinang atas pengurusan kewangan yang didakwanya sebagai cuai dalam beberapa keadaan. Joseph Ng (PH-Air Itam) berkata terdapat agensi kerajaan negeri yang membayar balik pinjaman daripada kerajaan negeri pada kadar yang jauh lebih rendah berbanding terma asal. “Ini adalah contoh ketara pengurusan pinjaman kewangan kerajaan (negeri) yang cuai,” katanya di sidang DUN hari ini. Joseph Ng. Nga berkata terdapat satu agensi yang sepatutnya membayar RM623,000 setahun kepada kerajaan negeri untuk pinjaman yang diambil, tetapi mendakwa hanya membayar RM10 setahun. Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan nama agensi tersebut. Beliau juga berkata terdapat satu pinjaman RM33 juta kepada sebuah syarikat swasta dengan syarat bayaran balik 36 bulan tetapi belum dibayar lebih 10 tahun dengan alasan isu penempatan tanah belum diselesaikan. “Ketua Audit Negara dalam tegurannya menyatakan bahawa kerajaan (negeri) perlu mengurangkan tunggakan hasil supaya kedudukan kewangan negeri berada dalam keadaan kukuh,” katanya. “Kerajaan negeri tidak boleh menuding jari pada perbelanjaan pembangunan yang tinggi, tetapi tatakelola kewangan yang lemah harus diperbaiki seperti cukai yang tidak dikutip dan pinjaman tidak berbayar.” Ng berkata defisit belanjawan berterusan Pulau Pinang sebahagiannya disebabkan oleh kelemahan kutipan hasil, seperti dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2023, yang menunjukkan RM99.8 juta cukai tidak dikutip, termasuk RM72 juta tunggakan cukai tanah. Beliau menggesa Ketua Menteri Chow Kon Yeow mendedahkan angka terkini berkaitan tunggakan cukai tanah dan tindakan yang diambil untuk menghentikan ketirisan ini. Minggu lalu, kerajaan negeri membentangkan Belanjawan 2025 bernilai RM940.2 juta dengan unjuran defisit RM33.6 juta, paling rendah direkodkan, penurunan ketara berbanding RM514.5 juta tahun ini. Namun, Ng berkata Pulau Pinang perlu mencontohi Selangor supaya negeri itu dapat membentangkan belanjawan lebihan pertamanya. Selangor mencatat lebihan berturut-turut sebanyak RM117 juta pada 2022 dan RM206 juta pada 2023. News
Old magic missing as Nadal’s farewell starts with defeat Posted on 20/11/2024 Spain’s Rafael Nadal waves to the crowd after his loss to Netherlands’ Botic Van De Zandschulp at the Davis Cup quarterfinal in Malaga. (EPA Images pic) MALAGA: Rafael Nadal could not conjure the old magic as the 22-times Grand Slam champion lost a Davis Cup singles for the first time… Read More
Chief Secretary to civil servants: Pay boost means productivity boost — it’s time to deliver Posted on 17/11/2024 PUTRAJAYA, Nov 17 — The productivity of civil servants is central to the effective implementation of the Public Service Remuneration System (SSPA), which will come into effect on December 1, said Chief Secretary to the Government (KSN), Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar. He said that salary increases through this… Read More
Ukraine hospital hit, one killed, in ‘massive’ Russian strike Posted on 08/11/2024 Paramedics helps an injured man walk to the ambulance after a Russian strike on residential neighbourhood in Zaporizhzhia, Ukraine. (AP pic) ZAPORIZHZHIA: A Russian strike on the frontline city of Zaporizhzhia damaged a hospital, killed one person, and wounded 17 more, including a medic and a child, the regional governor… Read More