Ahli Parlimen PAS gesa Jabatan Amal diberi elaun seperti Skuad Sabil Umno Posted on 13/11/2024 Abdul Latiff Abdul Rahman mendakwa Jabatan Amal diselia Pemuda PAS lebih berpengalaman mengendalikan operasi ketika bencana berbanding Skuad Sabil Umno. (Gambar PAS) KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen PAS mencadangkan kerajaan turut memberikan elaun kepada pasukan sukarelawan partinya dikenali Jabatan Amal dengan mengiktiraf sebagai sebahagian ahli Angkatan Pertahanan Awam (APM). Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) mendakwa ini kerana pasukan diselia Pemuda PAS itu lebih berpengalaman dalam mengendalikan operasi ketika bencana berbanding Skuad Sabil di bawah Umno yang menikmati elaun khas dari kerajaan. “Jika Skuad Sabil boleh diiktiraf kerajaan sebagai ahli APM mengapa tak iktiraf Jabatan Amal?. “Pasukan itu banyak membantu orang awam termasuk pada waktu bencana tanpa sebarang elaun dan turun secara sukarela…lebih berpengalaman daripada Skuad Sabil,” katanya ketika berbahas peringkat jawatankuasa Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat. Abdul Latiff Abdul Rahman. Beliau turut meminta kerajaan menjelaskan peruntukan dikeluarkan kerajaan untuk memberi elaun kepada Skuad Sabil, selain skop tugas pasukan sukarelawan terbabit. Pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 berlangsung Ogos lalu, Presidennya Zahid Hamidi yang juga timbalan perdana menteri mengumumkan Skuad Sabil menjadi sebahagian daripada APM dan diberikan elaun. APM diletak di bawah Zahid yang juga pengerusi jawatankuasa bencana negara. Bagaimanapun, pengumuman itu mencetuskan pertikaian khususnya oleh pembangkang yang mempersoalkan mengapa jentera di bawah Umno boleh diberikan elaun menggunakan dana kerajaan. News
Iran says ready to study any Syrian request for troops Posted on 04/12/2024 Syrian opposition fighters stand atop a seized Syrian army armoured vehicle in the outskirts of Hama. (AP pic) TEHRAN: Iran will consider any request from its Syrian ally for troops to help tackle a sweeping rebel offensive in the north, foreign minister Abbas Araghchi said on Tuesday. “If the Syrian government… Read More
UPNM cadet claims trial to assaulting junior with hot iron Posted on 08/11/2024 UPNM cadet Amirul Iskandar Norhanizan at the Kuala Lumpur sessions court this morning. KUALA LUMPUR: A National Defence University (UPNM) student pleaded not guilty in the sessions court here today to assaulting a junior at the varsity with a hot iron. Amirul Iskandar Norhanizan, 22, was accused of assaulting Salman… Read More
West Ham striker Antonio in stable condition after road accident Posted on 08/12/2024 Michail Antonio has been at West Ham since 2015 and has fe atured in every league game for the club this season. (EPA Images pic) LONDON: West Ham United forward Michail Antonio is conscious and in a stable condition in hospital after he was involved in a road traffic accident… Read More