‘Akan kita bersama kembali di masa tertentu’, kata Dr M usai pemergian Daim Posted on 13/11/2024 Dr Mahathir Mohamad Menyifatkan Daim Zainuddin sebagai sahabat bersama dalam berjuang demi bangsa, negara dan agama. (Gambar Bernama) PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa sedih terhadap pemergian Daim Zainuddin, menteri kewangan dua kali ketika era pentadbirannya. Menyifatkan Daim sebagai sahabat bersama dalam berjuang demi bangsa, negara dan agama, Mahathir berkata tokoh ekonomi itu sepatutnya disanjung kerana sumbangannya kepada negara. “Saya sedih tidak terhingga. Sepatutnya dia disanjung kerana sumbangannya kepada perjuangan tetapi di akhir hayatnya dia diherdik tanpa sebab. “Inikah balasan yang menimpa kerana dendam,” katanya dalam kenyataan. Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu berkata beliau hanya mampu berdoa agar Daim diadili berasaskan keadilan. “Berilah tempat kepadanya di akhirat sebagai pejuang bangsa. Saya hanya mampu berdoa. Akan kita bersama kembali di masa tertentu,” katanya. Daim berkhidmat sebagai menteri kewangan dua kali dilaporkan meninggal dunia pada 8.21 pagi di Hospital Assunta, Petaling Jaya. Penggal pertama berkhidmat pada 1984 hingga 1991 bawah pentadbiran Mahathir, di mana beliau memainkan peranan penting dalam menguruskan ekonomi dan melaksanakan pelarasan struktur. Beliau kembali untuk penggal kedua dari 1999 hingga 2001, sekali lagi bawah Mahathir, untuk menangani isu ekonomi berikutan krisis kewangan Asia. Awal tahun ini, Daim dan isteri Naimah Khalid didakwa di mahkamah atas tuduhan gagal mematuhi terma notis perisytiharan harta dikeluarkan bawah Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Beliau dituduh tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah. Bulan lalu, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mengarahkan Daim hadir pada perbicaraan yang diteruskan untuk menentukan sama ada beliau perlu menjalani penilaian mental bagi memastikannya layak untuk dibicarakan. Hakim Azura Alwi menetapkan tarikh 20 Nov ini untuk mendengar hujah tambahan. News
‘Proud’ Harris thanks supporters, Republicans mock video Posted on 28/11/2024 Kamala Harris shared a video on X, telling supporters to remember they still have the same power as before the US presidential election. (The Democrats/X pic) WASHINGTON: Democrat Kamala Harris came in for a deluge of mockery by Republicans and right-wing US media Wednesday after the release of a short video… Read More
India suspends parliament again in row over US action on Adani Posted on 27/11/2024 Congress leader Rahul Gandhi has been a vocal critic of Gautam Adani. (AFP pic) NEW DELHI: India’s lower house of parliament suspended proceedings for a second day today after disruptions by lawmakers demanding a discussion of the US indictment of billionaire Gautam Adani, while stocks of his group’s companies clawed… Read More
HR Minister: Malaysia employs 2.47 million low-skilled foreign workers, aims to cap their share at 15pc of total workforce Posted on 05/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 5 — Malaysia currently employs 2,470,781 low-skilled foreign workers, as of September 30 this year, Human Resources Minister Steven Sim Chee Keong revealed in a written parliamentary reply yesterday. Sim emphasised the government’s commitment to ensuring that foreign workers make up no more than 15 per cent… Read More