Australia mahu larang media sosial untuk kanak-kanak bawah 16 tahun Posted on 29/11/2024 Remaja Australia tidak berpuas hati dengan keputusan melarang mereka menggunakan media sosial. (Gambar AP) MELBOURNE: Penggubal undang-undang Australia meluluskan peraturan yang melarang kanak-kanak bawah 16 tahun daripada media sosial, seterusnya meluluskan antara tindakan paling tegas dunia terhadap laman popular seperti Facebook, Instagram dan X. Rang undang-undang berkenaan telah diluluskan kedua-dua dewan parlimen, dan firma media sosial perlu mengambil “langkah wajar” tidak lama lagi bagi menghalang remaja daripada memiliki akaun. Firma berkenaan – yang berdepan saman sehingga A$50 juta jika gagal akur – menyifatkan undang-undang berkenaan sebagai “samar”, “bermasalah” dan “tergesa-gesa”. Perundangan itu diluluskan dewan rendah parlimen semalam, serta Senat lewat hari ini, dan semakin hampir dimaktubkan sebagai undang-undang. Perdana Menteri Anthony Albanese menyokong peraturan baharu itu dan menggesa ibu bapa negara itu turut memberi sokongan. Beliau sebelum ini menyelar media sosial sebagai “platform untuk tekanan rakan sebaya, pemacu keresahan, alat ‘scammer’, dan lebih teruk lagi, alat untuk pemangsa dalam talian.” Katanya, beliau mahu remaja Australia “tidak menggunakan telefon dan turun ke padang bola sepak serta kriket, gelanggang tenis dan bola jaring, serta kolam renang.” Bagaimanapun, remaja seperti Angus Lydom, 12, tidak berpuas hati dengan perkembangan ini. “Saya mahu terus menggunakannya. Pasti pelik jika tidak dapat berbuat demikian dan sebaliknya terpaksa hanya berbual dengan rakan-rakan di rumah,” katanya kepada AFP. “Saya akan mencari jalan. Begitu juga rakan saya yang lain.” Elsie Arkinstall, 11, berkata masih ada ruang untuk media sosial khususnya bagi kanak-kanak yang mahu menonton bahan bersifat pendidikan contohnya mengenai membuat kek atau seni di media sosial. “Remaja dan kanak-kanak patut diberi pilihan meneroka teknik ini kerana tidak semua benda boleh dipelajari menerusi buku,” katanya. Jika dilihat sekilas, larangan itu antara yang paling tegas di dunia. Namun tiada butiran mengenai bagaimana peraturan itu akan dikuatkuasakan dan ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pakar bahawa ia sekadar menjadi sesuatu yang simbolik. Masih ada tempoh sekurang-kurangnya 12 bulan sebelum larangan itu berkuat kuasa. Ada syarikat yang berkemungkinan diberi pengecualian seperti WhatsApp dan YouTube yang diperlukan untuk tujuan rekreasi, kerja sekolah dan lain-lain. Banyak negara termasuk Sepanyol telah mencadangkan larangan media sosial untuk remaja namun belum melaksanakannya. China melarang akses untuk golongan bawah umur sejak 2021, dengan remaja berusia bawah 14 tahun tidak dibenarkan menghabiskan lebih 40 minit sehari menggunakan Douyin iaitu TikTok versi negara itu. Tempoh bermain dalam talian untuk kanak-kanak turut dihadkan di China. News
Nik Nazmi: Forest reserve equal to 400 Titiwangsa parks illegally stripped Posted on 19/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 19 — Malaysia’s Permanent Forest Reserves (PFR) have suffered illegal encroachment on 38,376 hectares of land, or over 400 times the size of Titiwangsa Lake Gardens. According to Natural Resources and Environmental Sustainability Minister Nik Nazmi Nik Ahmad, the encroachment persisted despite such activities being punishable by… Read More
Taman OUG body in freezer case: Suspect remanded for seven days until Nov 19 Posted on 14/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 13 — The man who allegedly murdered a woman believed to be his mother and stuffed her body in a freezer about three years ago at a house in Taman OUG, Jalan Klang Lama here has been remanded for seven days starting today. Kuala Lumpur police chief… Read More
Gerik police fire shot at tyre during early morning high-speed pursuit of cable thieves Posted on 12/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 12 — Police in Perak fired a shot at the right tyre of a car this morning, driven by a suspect involved in the theft of Telekom Malaysia (TM) cables, after the driver attempted to ram a police vehicle. Gerik District Police Chief, Superintendent Zulkifli Mahmood, confirmed… Read More