Banduan bergelar PhD dibebas sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor Posted on 12/12/2024 Murad (bukan nama sebenar) dibebaskan hari ini atas pengampunan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah. (Gambar Facebook) KUALA LUMPUR: Banduan pertama yang memperoleh ijazah doktor falsafah (PhD) semasa dalam penjara diberi pengampunan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena Hari Keputeraan baginda hari ini. Jabatan Penjara memaklumkan Murad (bukan nama sebenar) yang memiliki PhD dalam bidang pentadbiran perniagaan menjalani hukuman sejak 2001 pada usia 14 tahun sebagai Tahanan Limpah Sultan (TLS) di Rawatan Pemulihan Dadah Penjara Kajang. “Murad prospek pertama Jabatan Penjara yang bergelar doktor falsafah dalam bidang pentadbiran perniagaan, setelah menyambung pelajaran ketika menjalani hukuman di penjara,” katanya menerusi perkongsian di Facebook jabatan itu. Waran pembebasan dibacakan Pengarah Penjara Kajang, Preshahdin Monshee. Semasa sesi pembebasan itu, Preshahdin turut menasihatkan Murad sentiasa mengamalkan disiplin serta menggunakan ilmu untuk memajukan diri dan Jabatan Penjara sedia membantu sekiranya Murad memerlukan bantuan. Murad, pada sesi itu turut menzahirkan kesyukuran dan menjunjung kasih kepada Sultan Selangor atas pengampunan baginda serta Jabatan Penjara kerana memberi peluang dan ruang kepadanya menyambung pengajian sehingga bergelar doktor falsafah. Katanya, dia akan mengenang semua jasa baik Jabatan Penjara dan percaya peranan jabatan itu dalam memulihkan prospek sepertinya untuk dikembalikan dengan lebih sempurna. News
4 killed in helicopter crash at Turkish hospital Posted on 22/12/2024 The helicopter was taking off when it collided with the hospital and crashed into the ground. (Anadolu/Reuters pic) ANKARA: Four people were killed in southwest Turkey today when an ambulance helicopter collided with a hospital building and crashed into the ground. The helicopter was taking off from the Mugla Training… Read More
SRC lawyer: Najib personally doled out cheques from company to Umno Posted on 21/01/2025 KUALA LUMPUR, Jan 20 — The High Court here was today told that Datuk Seri Najib Razak was the shadow director of SRC International Sdn Bhd and was personally and directly involved in handing out cheques worth RM16 million and RM3.5 million to Umno and Selangor Umno. Lawyer Razlan Hadri… Read More
Man Utd must be brave against Arsenal, says Amorim Posted on 03/12/2024 Manchester United’s head coach Ruben Amorim knew full well the scale of the task at hand, having lost their last three meetings with Arsenal. (AP pic) MANCHESTER: Manchester United are unbeaten in their first three games under Ruben Amorim and have climbed into the top half of the Premier League… Read More