Banjir: Mangsa dipindahkan meningkat lebih 142,000 Posted on 01/12/2024 Di Kelantan jumlah mangsa banjir ditempatkan di 285 PPS mencecah 93,158 orang daripada 28,830 keluarga setakat malam tadi. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 146,611 orang malam ini berbanding 142,684 petang tadi, dengan Kelantan terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi. Situasi banjir di tiga negeri iaitu Perlis, Negeri Sembilan dan Selangor pula mencatatkan penurunan mangsa setakat 8 malam ini. Di Kelantan jumlah mangsa banjir di 285 PPS mencecah 93,158 orang daripada 28,830 keluarga setakat ini berbanding 91,279 orang petang tadi. Menerusi Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, jajahan Pasir Mas kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 27,829 orang, diikuti Tumpat (16,390), Kota Bharu (13,754), Pasir Puteh (9,466) dan Kuala Krai (6,951). Turut terkesan, Bachok dengan 6,634 mangsa, Machang (6,075), Tanah Merah (5,334), Jeli (737) dan Gua Musang (27). Portal infobanjir.water.gov.my merekodkan tujuh sungai utama masih melepasi paras bahaya namun menunjukkan penurunan. Di Terengganu, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 41,409 orang malam ini berbanding 39,954 orang sebelah petang, dan Besut adalah daerah paling terjejas dengan 15,984 orang daripada 4,260 keluarga ditempatkan di 121 PPS. Mangsa banjir di Hulu Terengganu seramai 6,652 orang di 62 PPS; Setiu (6,470 orang, 50 PPS); Dungun (5,776 orang, 41 PPS); Kuala Terengganu (2,243 orang, lapan PPS); Kemaman (2,277 orang, 14 PPS); Kuala Nerus (1,214 mangsa, tujuh PPS); dan Marang (793 orang, lapan PPS). Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi ketika menziarahi keluarga mangsa tragedi tanah runtuh di Kampung Bukit Apit dekat Ajil di Hulu Terengganu petang tadi mengarahkan pihak berkaitan mempergiat pemantauan di kawasan berisiko di lereng bukit atau cerun, bagi mengelak kejadian tanah runtuh sepanjang musim Monsun Timur Laut ini. Di Kedah, Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah Muhammad Suhaimi Mohd Zain dalam kenyataan memaklumkan jumlah mangsa banjir meningkat kepada 8,580 orang daripada 2,622 keluarga berbanding 8,252 orang daripada 2,514 keluarga, petang tadi. Mangsa ditempatkan di 52 PPS melibatkan Kubang Pasu dengan 2,693 orang berada di 16 PPS; Kota Setar (2,820 orang, 12 PPS); Padang Terap (1,186 orang, sembilan PPS); Sik (1,087 orang, lapan PPS); Pokok Sena (594 orang, empat PPS); Kuala Muda (182 orang, dua PPS) dan di Baling (18 orang, sebuah PPS) Di Johor, jumlah mangsa banjir meningkat kepada 507 orang pada 8 malam ini berbanding 449 orang petang tadi, dengan Tangkak mencatat mangsa paling tinggi iaitu 311 orang yang ditempatkan di tiga PPS iaitu SK Bukit Rahmat, Sekolah Agama Bandar dan SK Abdullah. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Dr Azmi Rohani berkata sebuah lagi daerah terjejas banjir ialah Segamat melibatkan 196 mangsa ditempatkan di sembilan PPS. Beliau berkata tiga sungai iaitu Sungai Tangkak di Kampung Seri Ma’mor, Tangkak; Sungai Lenik di Ladang Cha’ah, Batu Pahat; dan Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang dilaporkan berada pada paras bahaya. Di Melaka, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan mangsa banjir meningkat semula kepada 293 orang daripada 98 keluarga setakat 8 malam berbanding 198 orang daripada 54 keluarga pada 4 petang tadi. Semua mangsa terjejas adalah dari 32 lokasi iaitu di Melaka Tengah (111 orang di PPS SK Krubong); Alor Gajah (36 orang di PPS Japerun Durian Tunggal dan SK Ayer Jernih) dan Jasin (146 orang di PPS SK Parit Penghulu dan SK Seri Mendapat). Di Perlis, Pengarah APM Perlis Mohd Izaimi Md Daud berkata jumlah mangsa banjir berkurang kepada 224 orang daripada 60 keluarga malam ini berbanding 243 orang daripada 65 keluarga petang tadi, dengan 83 mangsa masih berlindung di PPS SK Arau di Arau manakala 141 orang berada di PPS Dewan Warisan, Kangar. Di Negeri Sembilan, portal Info Bencana JKM melaporkan mangsa banjir di 13 PPS membabitkan tiga daerah iaitu Tampin, Jempol dan Kuala Pilah menunjukkan penurunan kepada 1,985 orang daripada 569 keluarga berbanding 2,007 orang daripada 573 keluarga sebelah petang. Di Selangor, situasi banjir di Meru, Klang menunjukkan perkembangan positif dengan jumlah mangsa semakin berkurang iaitu 229 orang daripada 57 keluarga malam ini, berbanding 302 orang petang tadi, kesemuanya berlindung di SK Sungai Binjai. News
US wants ‘behavioural change’ by Iran after president’s nuclear pledges Posted on 15/11/2024 President Masoud Pezeshkian (right) speaks with IAEA director General Rafael Mariano Grossi (left) during their meeting in Tehran. (AP pic) WASHINGTON: The US wants action rather than words by Iran on its nuclear programme, after president Masoud Pezeshkian promised to resolve doubts ahead of Donald Trump’s return to the White House,… Read More
KRI: As rich states fail to reduce planet warming, Malaysia must take fight to global stage Posted on 26/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 26 — Malaysia’s chances of adapting to global warming cannot solely depend on domestic policy but must include more aggressive international action, Khazanah Research Institute (KRI) said in its latest report on the climate crisis. The KRI report was released last Friday, ahead of a controversial US$300… Read More
Chemical weapons watchdog says banned gas found in Ukraine samples Posted on 19/11/2024 Britain and the US have accused Russia of using chloropicrin and riot control agents since its 2022 invasion of Ukraine. (EPA Images pic) THE HAGUE: The international chemical weapons watchdog said Monday that banned CS riot gas had been found in shell and soil samples provided by Ukraine from the… Read More