Beban ekonomi 4 penyakit RM64.2 bilion, kata menteri Posted on 14/11/2024 Anggaran beban ekonomi itu merangkumi kos penjagaan kesihatan langsung bagi empat penyakit tidak berjangkit dan kos tidak langsung akibat penurunan produktiviti serta kematian pramatang. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Laporan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) di Malaysia mendapati penyakit kardiovaskular, respiratori kronik, diabetes dan kanser akan menyebabkan negara terpaksa menanggung beban ekonomi dianggarkan berjumlah RM64.2 bilion. Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad, berkata laporan itu dihasilkan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan United Nations Interagency Task Force on NCDs. Katanya, anggaran beban ekonomi itu merangkumi kos penjagaan kesihatan langsung bagi empat NCD sebanyak RM12.4 bilion dan kos tidak langsung akibat penurunan produktiviti serta kematian pramatang berjumlah RM51.8 bilion. Katanya, laporan itu juga menggariskan empat intervensi utama yang memberi pulangan pelaburan (ROI) tertinggi dalam tempoh 15 tahun, dengan setiap RM1 dilaburkan dijangka memberikan pulangan RM60.06 untuk program pengurangan garam, RM6.64 (aktiviti fizikal) dan RM5.93 (kawalan tembakau). “Pokoknya, kalau kerajaan berbelanja membuat tumpuan dengan apa pun yang terkait dengan garam, sama ada pengurangan garam, setiap RM1 yang kita belanjakan kita akan berakhir dengan seolah-olah mendapat RM60 pulangan. “Bermaksud, sama ada seseorang itu dapat mengelakkan serangan jantung, angin ahmar atau mengelakkan dia bila ada ‘hypertension’ dia tak pergi kerja. “Semua itu bila diukur dari sudut wang ringgit, ia akan memberikan pulangan setiap RM1 yang dimasukkan dalam tabung itu, kita dapat RM60 semula,” katanya selepas melancarkan laporan itu serta taklimat penguatkuasaan Akta 852 dan Inisiatif Kesihatan Paru-paru Kebangsaan 2025-2030 kepada Ahli Parlimen. Dzulkefly berkata, kerajaan juga sedia mengkaji semula undang-undang berkaitan kawalan rokok elektronik (vape), jika ada penemuan baharu berhubung kesan penggunaannya. News
Israeli strike on Beirut kills Hezbollah media head, say security sources Posted on 18/11/2024 The strike hit a building in the Ras al-Nabaa neighbourhood. Lebanese media say Mohammad Afif was in the building at the time. (AP pic) BEIRUT: An Israeli strike on a building in a densely populated district of Beirut on Sunday killed Hezbollah’s media relations chief Mohammad Afif, two Lebanese security… Read More
Liverpool beat Man City 2-0 to go nine points clear Posted on 02/12/2024 Liverpool’s Mohamed Salah tries to score past Manchester City’s goalkeeper Stefan Ortega but shoots over the bar during the match at Anfield. (AP pic) LIVERPOOL: Liverpool overawed Manchester City in a 2-0 win on Sunday with goals from Cody Gakpo and Mohamed Salah to take a commanding nine-point lead at… Read More
Bin Zayed International ditches RM40bil Langkasuka project Posted on 23/11/2024 A still from the project video shows an artist’s impression of the reclamation project at Padang Matsirat in Langkawi. (File pic) PETALING JAYA: Bin Zayed International LLC, a subsidiary of Dubai-based conglomerate BZIG Group, has officially withdrawn from the RM40 billion 99-island Langkasuka project in Langkawi due to limited growth… Read More