Bekas MB Perlis mengaku tak salah tuduhan pilihan salah guna RM1.06 juta Posted on 12/11/2024 Bekas MB Perlis Azlan didakwa atas tuduhan mengikut Kanun Keseksaan, Akta SPRM dan Amla. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Bekas menteri besar Perlis Azlan Man mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima tuduhan pilihan menyalahgunakan wang berjumlah RM1.06 juta milik kerajaan Perlis. Tuduhan dibacakan terhadap Azlan, 65, selepas Timbalan Pendakwa Raya Noralis Mat memaklumkan kepada Hakim Azura Alwi bahawa pihaknya telah mengemukakan lima tuduhan pilihan tersebut. Azlan didakwa menyalahgunakan wang berjumlah RM1.06 juta milik kerajaan Perlis yang dibayar kepada Sri Kedawang Travel & Tours (W) Sdn Bhd dan Aidil Travel & Tours Sdn Bhd. Dia didakwa melakukan perbuatan itu melalui invois serta pesanan Kerajaan Negeri Perlis Tahun Kewangan 2014, 2015, 2016 dan 2017 dengan mengarahkan wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun Maybank dan CIMB miliknya melalui empat keping cek dan secara tunai. Kesalahan itu didakwa dilakukan di Maybank Jalan Tuanku Abdul Rahman. CIMB Bank Putrajaya dan Hotel Sheraton Imperial antara Februari 2014 dan Disember 2017/ Dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan maksimum lima tahun dan dengan sebat serta dikenakan denda, jika sabit kesalahan. Sementara itu, Azlan yang juga bekas Adun Bintong mengekalkan pengakuan tidak bersalah atas lima tuduhan utama, iaitu sebagai ejen kerajaan Perlis iaitu menteri besar didakwa menggunakan beberapa dokumen mengandungi butiran palsu bagi membuat tuntutan kemudahan Cuti Seberang Laut ke London, United Kingdom sedangkan tidak ada perjalanan seperti yang dituntut tersebut. Dokumen itu antaranya invois dan sebut harga tiket penerbangan pergi balik dan hotel penginapan yang dikeluarkan Sri Kedawang Travel dan Aidil Travel, selain Pesanan Kerajaan Negeri Perlis yang didakwa digunakan bagi membuat tuntutan kos tiket penerbangan, hotel penginapan dan pengangkutan. Kesemua kesalahan didakwa dilakukan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Kompleks DUN di Kangar, antara Disember 2013 hingga Disember 2017, mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694), yang boleh dihukum bawah Seksyen 24(2) akta sama. Jika sabit kesalahan, Azlan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai butir matan palsu itu, atau RM10,000 mengikut mana-mana lebih tinggi. Noralis berkata, lapan saksi pendakwaan memberi keterangan di mahkamah dan berdasarkan Seksyen 162 Kanun Prosedur Jenayah, pihak pembelaan boleh memanggil semula mana-mana saksi berkenaan untuk disoal balas. Peguam Burhanudeen Abdul Wahid yang mewakili Azlan berkata, pihaknya mahu meneliti kesemua tuduhan terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk memanggil semula saksi. Sementara itu, Pengurus Perkhidmatan Pelanggan CIMB Bank KLCC Mohd Nazrie Mohmad Kahar, 50, memberitahu mahkamah, Aidil Travel mengeluarkan sekeping cek berjumlah RM222,811.95 atas nama penerima Azlan Man tujuh tahun lepas. “Cek ini adalah transaksi pengeluaran bagi 3 April 2017 dengan butiran pada penyata akaun CIMB Aidil Travel tercatat HOUSE CHQ DR, yang transaksi itu bermaksud pengeluaran secara cek ke dalam akaun CIMB Bank,” kata saksi pendakwaan kesembilan itu ketika membacakan penyataan saksinya hari ini. Mohd Nazrie berkata, syarikat pelancongan itu mengeluarkan lima keping cek secara tunai berjumlah RM225,772.40 di CIMB Bank Kampung Baru pada 28 Dis 2017. Mahkamah menetapkan 3 Feb 2025 untuk perbicaraan disambung, dan 6 Dis ini sebagai tarikh pengurusan kes bagi pihak peguam memaklumkan sama ada ingin memanggil semula saksi untuk disoal balas atau sebaliknya. Azlan turut berdepan lima tuduhan menerima hasil daripada kegiatan haram berjumlah RM1,059,675.25 daripada Sri Kedawang Travel dan Aidil Travel serta Abdul Rahim Halim yang mewakili Aidil Travel. Kesemua wang itu diterima tertuduh melalui tiga keping cek Maybank dan sekeping cek CIMB yang dibayar ke dalam akaun Maybank dan CIMB milik tertuduh serta secara tunai daripada Abdul Rahim. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Jalan Tuanku Abdul Rahman, CIMB Bank Putrajaya dan Hotel Sheraton Imperial antara 19 Feb 2014 dan Disember 2017, mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla) 2001 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama. Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil kegiatan haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan tersebut dilakukan, atau RM5 juta mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. News
Inter beat Parma to close in on Serie A leaders Napoli Posted on 07/12/2024 Inter Milan’s Federico Dimarco (left) scores the opening goal against Parma at the San Siro stadium. (AP pic) MILAN: Inter Milan moved a point behind Serie A leaders Napoli on Friday after seeing off Parma 3-1 at the San Siro ahead of a key Champions League clash at Bayer Leverkusen…. Read More
Disney bets on Korean, Japanese originals in Asia push Posted on 22/11/2024 Disney+ is focusing on creating big, original franchises that could travel outside the region. (AP pic) BURBANK: Walt Disney Co is investing in Japanese anime exclusives and extending a Korean superhero franchise as part of its push for a bigger slice of the Asian streaming market. “We’re not a volume… Read More
Two ex-prisoners charged with nine counts of homeware and convenience store robberies in Kelantan, plead not guilty Posted on 18/11/2024 KOTA BHARU, Nov 17 — Two former prisoners were charged in the Sessions Court and separate Magistrates’ Courts here today with nine counts related to a series of robberies targeting homeware and convenience stores across the state. Mohamad Harris Mohd Angelan, 33, and Ahmad Khairul Sabirin Mohd Ramli, 34, pleaded… Read More