Bekas peguam negara, pesara hakim Mahkamah Persekutuan antara ahli baharu JAC Posted on 11/11/2024 (Dari kiri) Bekas peguam negara Idrus Harun; pesara hakim Mahkamah Persekutuan Zainun Ali; bekas peguam besar Sarawak Talat Mahmood Abdul Rashid dan penasihat undang-undang UiTM Hartini Saripan dikatakan kini menganggotai JAC. PETALING JAYA: Bekas peguam negara Idrus Harun dan pesara hakim Mahkamah Persekutuan Zainun Ali antara empat tokoh yang dilantik menganggotai Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) mulai bulan ini, menurut sumber. Bekas peguam besar Sarawak Talat Mahmood Abdul Rashid dan penasihat undang-undang UiTM Hartini Saripan turut dilantik menganggotai jawatankuasa yang ditugaskan memilih calon sesuai menjadi hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi. Pelantikan dua tahun oleh perdana menteri itu, yang berkuat kuasa bulan ini, akan menyaksikan JAC dapat menyambung semula mesyuarat bulanannya bulan depan. “Jawatankuasa itu tidak dapat melaksanakan fungsinya sejak September kerana tidak cukup kuorum,” kata sumber kepada FMT. Pada September, FMT melaporkan bahawa JAC terumbang-ambing kerana terdapat lima kekosongan dalam suruhanjaya sembilan ahli itu. Seksyen 13(1) Akta JAC menyatakan jawatankuasa itu hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali sebulan. Menurut Seksyen 13(4) dan (5), kuorum mesyuarat mestilah terdiri daripada tujuh ahli, tetapi sekiranya ahli hilang kelayakan, kuorum akan dikurangkan kepada sekurang-kurangnya lima orang. Sejak September, JAC hanya tinggal empat orang ahli, termasuk pengerusinya Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, Presiden Mahkamah Rayuan Abang Iskandar Abang Hashim dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli. Ketiga-tiga hakim ini, bersama-sama dengan hakim besar Malaya – jawatan yang sebelum ini kosong – menganggotai JAC atas dasar mereka memegang jawatan tertinggi dalam badan kehakiman. Seorang lagi ahli JAC ialah Nallini Pathmanathan, hakim kanan Mahkamah Persekutuan yang dilantik bagi tempoh dua tahun mengikut Seksyen 5(1)(e). Kekosongan dalam JAC berlaku berikutan persaraan Zabidin Diah sebagai hakim besar Malaya pada Februari, dan bekas ketua hakim negara Raus Sharif dan profesor madya Universiti Islam Antarabangsa Shamrahayu Ab Aziz tidak dilantik semula untuk penggal kedua, walaupun layak. Raus dan Shamrahayu dilantik menganggotai JAC dua tahun lepas, namun penggal mereka berakhir pada 3 Sept. Sementara itu, penggal dua tahun bekas peguam besar Sarawak Abdul Razak Tready turut berakhir pada tarikh sama. Seksyen 5(1)(f) Akta JAC membenarkan individu terkemuka menganggotai suruhanjaya itu selama dua tahun dan layak dilantik semula, tetapi tidak boleh dilantik lebih dua penggal. News
US police arrest man over alleged New York Stock Exchange plot Posted on 21/11/2024 According to the FBI, the suspect targeted the stock exchange building to trigger a ‘reboot’ of the US government. (EPA Images pic) WASHINGTON: US police on Wednesday arrested a homeless man suspected of plotting to bomb the New York Stock Exchange this week after he shared his plans with undercover officers,… Read More
Anger, pain in Turkey as ‘newborn deaths gang’ trial opens Posted on 19/11/2024 Activists chant slogans during a protest outside the courthouse in Istanbul where dozens of Turkish healthcare workers including doctors and nurses go on trial for fraud and causing the deaths of 10 infants. (AP pic) ISTANBUL: Dozens of suspects went on trial in Istanbul Monday over the deaths of at… Read More
Monsoon rains see 281 locations affected by disasters, Terengganu most affected Posted on 01/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 1 — A total of 281 locations nationwide have been affected by various disasters due to the ongoing monsoon season, with the highest number of incidents recorded in Terengganu, at 131 locations. Minister of Works Datuk Seri Alexander Nanta Linggi said this was based on the report… Read More