Bendera China di replika roket, Adun Umno gesa dakwa penganjur Posted on 26/12/2024 Gambar tular replika roket dengan bendera China pada sayap yang dipamerkan di karnival lampu LED di Dewan Serbaguna Bukit Gambir, Tangkak, Johor. (Gambar Facebook) PETALING JAYA: Seorang Adun Umno Johor menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap penganjur sebuah karnival di Bukit Gambir, Tangkak, susulan kontroversi bendera China pada satu replika roket yang dipamerkan. Adun Gambir, Sahrihan Jani, juga mahu tindakan proaktif termasuk membatalkan permit dan penganjuran program itu jika benar penganjur tidak mematuhi garis panduan ditetapkan Majlis Daerah Tangkak dan pihak keselamatan. “Saya mengulangi semula desakan supaya tindakan tegas diambil termasuk pendakwaan kes di mahkamah terhadap penganjur dan penutupan operasi karnival serta-merta. “Sebarang permohonan maaf tidak cukup untuk menutup kesalahan ini,” katanya dalam kenyataan. Sahrihan berkata, sejak awal isu itu tular beliau berhubung dgn Majlis Daerah Tangkak menyuarakan kebimbangan bahawa ia akan mencetuskan kegelisahan masyarakat. Katanya, Pemuda Umno Ledang juga sudah membuat laporan polis berhubung isu itu yang dianggapnya sebagai tindakan yang menggugat maruah dan keselamatan negara. Beliau difahamkan, karnival lampu LED yang berlangsung di Dewan Serbaguna Bukit Gambir akan menghentikan operasinya hari ini. “Saya menasihatkan penganjur dalam apa-apa jua program selepas ini supaya lebih sensitif dengan budaya dan tidak mencetuskan provokasi yang boleh mencetuskan kegelisahan masyarakat serta berhati-hati terutama dalam soal perpaduan dan keselamatan negara,” katanya. Terdahulu, tular gambar replika roket dengan bendera China pada bahagian sayap dipamerkan di karnival itu. Gambar itu mencetuskan kecaman pengguna media sosial dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap penganjur. News
Ng Sze Han replaces Gobind as Selangor DAP chairman in party’s new state leadership lineup Posted on 11/11/2024 SHAH ALAM, Nov 10 — Kinrara assemblyman Ng Sze Han has been elected as the new Selangor DAP chairman, taking over from Gobind Singh Deo following the party’s state committee election today. Ng, formerly the Selangor DAP State Secretary, stepped up to the leadership role after earning a spot among… Read More
MOH urges vigilance after finding 10,272 cases of flood-linked diseases Posted on 07/12/2024 TUMPAT, Dec 7 — The Ministry of Health (MOH) has recorded 10,272 cases of waterborne diseases at temporary relief centres (PPS) in Kelantan, Terengganu, Kedah, Negeri Sembilan, Pahang, and Perak as of yesterday. Health Minister Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad stated that the cases include 6,730 acute respiratory infections, 3,021… Read More
Commonwealth Student Governance Summit at Limkokwing University champions TVET overhaul to make it more appealing Posted on 19/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 17, 2024 — The Commonwealth Student Governance Summit (CSGS) 2024 witnessed youth leaders and educators urging for Technical and Vocational Education and Training (TVET) — often perceived as less prestigious than traditional academic pathways—to be made more appealing to students and parents. The Commonwealth Student Governance Summit… Read More