Bersatu wujud sidang meja bulat Gagasan Pendamaian Nasional Posted on 30/11/2024 Muhyiddin Yassin turut menggesa pertubuhan Melayu dan Bumiputera menubuhkan satu badan tunggal yang memayungi semua NGO untuk memperjuangkan agenda Bumiputera. SHAH ALAM: Bersatu akan mengadakan sidang meja bulat yang dinamakan Gagasan Pendamaian Nasional dalam usaha ‘memperbetulkan kembali keadaan negara’, menurut Presidennya Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, sidang itu akan memfokuskan isu ekonomi, perpaduan negara, mengembalikan keharmonian kaum dan agama, memartabatkan kedudukan Islam, bahasa Melayu dan Bumiputera tanpa mengabaikan hak kaum lain. “Usaha ini bukan sahaja tertumpu kepada penggabungan atau percantuman parti-parti politik yang berpegang kepada idealisme dan prinsip dan nilai yang sejagat. “Saya juga menyambut dengan berlapang dada kerjasama yang strategik dengan badan-badan bukan kerajaan, pertubuhan masyarakat sivil dan tokoh-tokoh masyarakat. “Bersatu yakin dengan kekuatan baharu ini, kita dapat membina semula Malaysia yang gagah, bermaruah dan dapat bersaing dengan negara-negara serantau dan global,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung Bersatu di IDCC Shah Alam hari ini. Jelasnya lagi, sidang itu akan disertai aktivis masyarakat, tokoh pelbagai agama, penggiat seni dan budaya, pakar ekonomi untuk mencari titik pertemuan bagi merangka penyelesaian demi kelestarian dan kesejahteraan rakyat. Dalam pada itu, Muhyiddin menggesa pertubuhan Melayu dan Bumiputera untuk menubuhkan satu badan tunggal yang memayungi semua NGO melibatkan kaum itu atas satu tujuan dan matlamat untuk memperjuangkan agenda Bumiputera. “Saya yakin gandingan suara NGO-NGO Melayu dan Bumiputera yang bersatu hati atas dasar penyatuan pemikiran, penyatuan hati dan penyatuan tindakan, maka matlamat murni untuk membela kebajikan masyarakat Bumiputera dan memajukan kehidupan mereka akan lebih mudah untuk dicapai,” katanya. News
Grab’s Terengganu partners pocket more than RM10mil in 2023 Posted on 20/11/2024 Grab Malaysia country operations and mobility director Rashid Shukor (left) at a recent Grab Malaysia TechTarik Series event with the platform’s partners in Kuala Terengganu. (Grab pic) PETALING JAYA: Grab’s partners in Terengganu collectively earned over RM10 million on the platform last year, with the regional superapp providing income opportunities… Read More
Cops nab 5 men, seize drugs worth RM3mil in Penang Posted on 11/11/2024 Bukit Aman NCID director Khaw Kok Chin said the suspects, aged between 32 and 59, were arrested in three separate raids in Penang on Wednesday. (Bernama pic) PETALING JAYA: Police have arrested five men believed to be members of a drug trafficking syndicate and seized drugs valued at RM3 million… Read More
Security escort speeding in rain ploughs into Proton slowing to let VIP through (VIDEO) Posted on 17/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 17 — A video has been posted online to show a security car escorting an unidentified VIP crashing into a Proton Saga that was already nearly stopped to let the convoy pass. In the 54-second video, cars on the middle and fast lane on the unspecified highway… Read More