BN ketengah banyak calon muda, muka baharu pada PRU16, kata Zahid Posted on 24/11/2024 Usaha meletakkan calon muda atau muka baharu adalah antara langkah yang digariskan dalam memperkukuh parti komponen BN untuk meraih sokongan rakyat, kata Pengerusi BN Zahid Hamidi. (Gambar Bernama) IPOH: Barisan Nasional (BN) akan mengetengahkan ramai calon muka baharu, terutamanya daripada kalangan anak muda, pada PRU16, kata Pengerusi BN Zahid Hamidi. Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, usaha itu menjadi satu daripada lima langkah yang digariskan dalam memperkukuh parti-parti komponen BN untuk meraih sokongan rakyat. “Saya merasakan bahawa kita tiada pilihan untuk mengetengahkan calon-calon muka baharu, terutamanya dalam kalangan anak muda,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen BN Perak hari ini. “Kesesuaian calon bukan sekadar usia muda, tetapi mereka yang berpengalaman dan berakar umbi berpotensi membawa kemenangan gemilang.” Turut hadir, Setiausaha Agung BN Zambry Abd Kadir; Pengerusi BN Perak Saarani Mohamad, yang juga menteri besar; Bendahari Agung MIC M Ramasamy merangkap pengerusi MIC Perak; dan Timbalan Presiden MCA Mah Hang Soon yang juga pengerusi MCA Perak. Selain itu, wakil Pakatan Harapan (PH) yang turut hadir termasuk Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi; Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee, yang juga bendahari DAP Perak; serta Pengerusi PKR Perak Mohamad Hairul Amir Sabri. Zahid berkata, contoh terbaik ialah kemenangan BN di PRK Nenggiri sebelum ini, apabila gabungan itu berjaya merampas kawasan di negeri pembangkang dengan menampilkan calon anak muda. “Kita masih mampu menang jika kita melakukan ‘game changer’ di kawasan tertentu. Di Mahkota, kita sekali lagi membuktikan hipotesis itu benar. Ini bukan soal mengetepikan pemimpin lama, tetapi mewujudkan kombinasi yang baik antara generasi lama dan baharu. “Kita pernah diberi peluang ketika muda, dan kini menjadi tanggungjawab kita untuk membuka ruang kepada calon muda untuk bertanding dalam pilihan raya akan datang,” katanya. Ditanya mengenai proses pemilihan calon, Zahid berkata BN, khususnya di Perak, telah menyusun strategi untuk memastikan calon terbaik diketengahkan. Berkenaan rundingan kerusi dengan PH untuk PRU16, Zahid yang juga presiden Umno berkata, parti dalam kerajaan perpaduan boleh memberi cadangan tetapi kepercayaan mesti diberikan kepada kepimpinan atasan untuk membuat keputusan bagi mengelakkan berlakunya pertindihan kerusi. Bagaimanapun, katanya, tiada perbincangan mengenai perkara itu setakat ini, sebaliknya perkara itu dijangka hanya akan dibincangkan selepas Parlimen dan DUN bubar. News
Daim laid to rest at Bukit Kiara Muslim cemetery Posted on 14/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 13 — Former finance minister Tun Daim Zainuddin, who passed away today at a private hospital here, was laid to rest at Bukit Kiara Muslim Cemetery at 6.07pm. The van carrying the late Tun Daim’s remains arrived at the cemetery at 5.16pm, according to a report by… Read More
Biden urges Americans to ‘bring down temperature’ after Trump win Posted on 08/11/2024 President Joe Biden said the result should ‘lay to rest’ doubts about the US election system, fuelled by Donald Trump’s 2020 refusal to concede. (AP pic) WASHINGTON: President Joe Biden urged Americans Thursday to lower the political temperature after Donald Trump’s crushing election win over Kamala Harris, saying in a conciliatory… Read More
Grab’s Terengganu partners pocket more than RM10mil in 2023 Posted on 20/11/2024 Grab Malaysia country operations and mobility director Rashid Shukor (left) at a recent Grab Malaysia TechTarik Series event with the platform’s partners in Kuala Terengganu. (Grab pic) PETALING JAYA: Grab’s partners in Terengganu collectively earned over RM10 million on the platform last year, with the regional superapp providing income opportunities… Read More