CAAM larang guna bagasi pintar di apron lapangan terbang Posted on 18/11/2024 Pihak Berkuasa Penerbangan Awam berkata bagasi pintar dilengkapi motor elektrik perlu dinyahaktifkan sepenuhnya, termasuk komponen bateri sebelum dibawa masuk ke kawasan apron lapangan terbang. (Gambar Facebook) PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM) mengeluarkan arahan keselamatan melarang penggunaan bagasi pintar atau “skuter” sebagai mod pengangkutan di kawasan apron lapangan terbang. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Norazman Mahmud dalam arahan keselamatan bertarikh 15 Nov, berkata walaupun bagasi pintar yang boleh ditunggang itu menawarkan kemudahan kepada penumpang, namun penggunaannya seperti di apron boleh menimbulkan risiko keselamatan. Beliau berkata, terdapat jentera berat, pesawat, kenderaan perkhidmatan darat dan petugas kawasan itu, sekali gus memerlukan pematuhan ketat terhadap peraturan keselamatan untuk mengelakkan kemalangan serta kerosakan peralatan. “Untuk mengurangkan risiko kemalangan dan meningkatkan keselamatan lapangan terbang, penting untuk melarang sepenuhnya penggunaan bagasi pintar di kawasan larangan, menetapkan had laju di zon dibenarkan dan mendidik penumpang serta petugas tentang amalan penggunaan selamat.” Sehubungan itu, Norazman berkata, penggunaan bagasi pintar tidak dibenarkan melebihi kawasan tertentu seperti ruang terminal dan zon menunggu, selain papan tanda larangan perlu dipasang untuk memaklumkan pengguna. Menurutnya, bagasi pintar dilengkapi motor elektrik perlu dinyahaktifkan sepenuhnya, termasuk komponen bateri sebelum dibawa masuk ke kawasan apron. Petugas di lapangan perlu dilatih mengenal pasti bagasi pintar boleh ditunggang dan melaksanakan protokol keselamatan untuk mengendalikannya, termasuk melaporkan segera sebarang penggunaan di kawasan apron kepada pengendali lapangan terbang atau pekerja keselamatan. “Penyedia perkhidmatan pengendalian darat perlu memastikan semua petugas mengetahui prosedur betul untuk memuat, menyimpan dan mengangkut bagasi pintar, terutamanya jika ia mengandungi bateri litium atau komponen elektrik lain yang mungkin menimbulkan risiko keselamatan.” Syarikat penerbangan dan pengendali lapangan terbang juga dinasihat memaklumkan arahan keselamatan itu menerusi pengumuman prapenerbangan, termasuk di tiket. News
Amir Hamzah: Contrary to rumours, no cut to Sabah’s electricity subsidy, federal support remains strong Posted on 14/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 14 — A recent allegation that the federal government has withdrawn the allocation of electricity subsidy to Sabah is untrue, said Finance Minister II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. According to Astro Awani, he said that the federal government remains committed to providing an electricity subsidy of… Read More
Israeli attack on Syria’s Palmyra kills 36 Posted on 21/11/2024 Israel has been carrying out strikes against Iran-linked targets in Syria for years. (EPA Images pic) DUBAI: An Israeli attack on Syria’s historic city of Palmyra killed 36 people and wounded more than 50 today after it hit residential buildings and an industrial zone, the Syrian state news agency Sana… Read More
US banks to gain from Trump’s looser merger, capital policies Posted on 08/11/2024 A regulatory shift could bring relief to investors after a tough year for bank stocks hit by deteriorating loans. (AFP pic) NEW YORK: The banking industry is expected to win big as former president Donald Trump returns to the White House, ushering in Republican regulators who are expected to ease… Read More