Dadah lebih RM28 juta dirampas, terbesar di Johor Posted on 12/11/2024 Ketua Polis Johor M Kumar, berkata sindiket bungkus semula dadah guna peket bungkusan jenama minuman terkenal bagi mengelirukan pihak berkuasa. (Gambar Bernama) JOHOR BAHRU: Polis menahan tujuh individu termasuk dalang berusia 33 tahun dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM28 juta dalam tiga serbuan awal bulan ini, sekali gus menjadi rampasan terbesar di Johor tahun ini. Ketua Polis Johor M Kumar, berkata semua suspek terdiri daripada tiga lelaki tempatan, dua wanita tempatan, dan dua wanita warga asing berumur 27 hingga 62 tahun itu ditahan menerusi serbuan di sekitar bandar raya ini, Iskandar Puteri, dan Kluang, pada 3 dan 4 Nov. “Modus operandi sindiket edar dadah yang aktif beroperasi sejak Ogos tahun ini adalah dengan membungkus semula dadah yang diperoleh dari sumber luar itu dengan menggunakan peket bungkusan jenama minuman terkenal di pasaran untuk mengelirukan pihak polis dan agensi penguat kuasa. “Sindiket ini mempunyai pelanggan tersendiri dengan pasarannya adalah di Johor dan kumpulan ini boleh dikategori sebagai pemborong yang besar. Sepeket dadah yang dibungkus dipercayai dijual antara RM200 hingga RM250,” katanya pada sidang media di IPK Johor. Beliau berkata, dalam tiga serbuan itu, sebanyak 158,844.8g serbuk ekstasi; 21,510 biji pil disyaki ekstasi; 11,500 biji pil erimin 5 serta 110g ketamin dirampas dengan nilai berjumlah RM28.31 juta. Kumar berkata polis turut menyita pelbagai barangan, antaranya peralatan memproses dan pembungkusan semula dadah, empat kereta, pelbagai barangan kemas serta wang tunai mata wang tempatan dan asing dengan nilai keseluruhan sitaan berjumlah RM263,205. “Sindiket ini menjadikan rumah teres berpagar and dikawal sebagai stor penyimpanan dan pembungkusan semula dadah. Semua dadah dirampas ini boleh digunakan oleh 857,784 orang penagih. “Hasil ujian saringan air kencing mendapati tiga daripada suspek positif amphetamine dan ketamin, manakala hasil semakan rekod lampau mendapati seorang suspek mempunyai rekod berkaitan dadah dan jenayah,” katanya sambil menambah semua tujuh suspek direman bermula 4 Nov sehingga Khamis. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala dua suspek warga asing turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. News
Fernandes hopes Amorim can ‘change the energy’ at Man Utd Posted on 14/11/2024 Ruben Amorim is United’s sixth permanent managerial appointment since the end of Alex Ferguson’s trophy-filled 27-year reign in 2013. (Man Utd/FB pic) LONDON: Bruno Fernandes hopes new manager Ruben Amorim can “change the energy” at struggling Manchester United after the Portuguese coach checked in at the Premier League club. Amorim arrived… Read More
Sabah CM warns civil servants about leaks of classified documents after Sabah Mineral Management alleged corruption scandal Posted on 05/12/2024 KOTA KINABALU, Dec 4 — Sabah Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor has warned state civil servants of the government’s document control system after recent leaks of classified documents. He said that all official government documents must be managed in line with the Official Secrets Act 1972 and Security Order… Read More
Vinicius hattrick helps Real Madrid crush Osasuna Posted on 10/11/2024 Real Madrid’s Vinicius Junior celebrates after completing his hattrick in the win over Osasuna today. (AP pic) MADRID: Hammered by Barcelona in a league Clasico and then outplayed by AC Milan in the Champions League, Carlo Ancelotti’s side badly needed this confidence-boosting victory. The Spanish and European champions thrashed Osasuna… Read More