Dakwaan buli siber ‘fitnah’, kata kumpulan veteran tentera Posted on 26/12/2024 Antara veteran tentera yang hadir ke ibu pejabat JHEV di Kuala Lumpur pada Isnin bagi menuntut penjelasan berhubung pengiraan baharu pencen mereka. PETALING JAYA: Seorang wakil kumpulan veteran membidas dakwaan mereka melakukan buli siber terhadap ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) dengan berkata ia fitnah. Rafique Ali Ahmad Nordin daripada Pertubuhan Pembela Pejuang Malaysia (PPPM) turut menyifatkan dakwaan itu sebagai ‘tidak masuk akal’. Bekas pegawai kanan tentera laut itu berkata, sebagai sebuah NGO yang ditubuhkan untuk menjaga hal ehwal veteran, ia akan membangkitkan isu berhubung golongan itu menerusi akaun media sosialnya. “Sudah tentu, isu pencen ini dibincangkan secara meluas kerana ia masalah terbesar sekarang,” katanya dalam kenyataan. “Apa pun, kami ada hak bawah Perlembagaan Persekutuan untuk menyatakan pandangan yang sah dan juga kebebasan berpersatuan. Betul-betul tidak masuk akal untuk menyifatkan tindakan kami sebagai buli siber.” Rafique Ali Ahmad Nordin menegaskan, sekumpulan 30 veteran tentera berkumpul di ibu pejabat JHEV pada Isnin hadir sebagai individu, bukan mewakili PPPM, malah ada juga yang bukan ahli. Semalam, JHEV berkata, pihaknya akan memfailkan aduan kepada Kementerian Komunikasi dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) berhubung tindakan ‘buli siber’ didakwa dilakukan PPPM dan Pertubuhan Suara Patriotik Rakyat Malaysia. Jabatan itu mendakwa, wakil kedua-dua pertubuhan ini ‘mengapi-apikan’ tohmahan dan fitnah terhadap ketua pengarahnya, Semaon Marjuki susulan keengganan beliau mengadakan pertemuan lanjutan berhubung pelarasan pencen veteran tentera. “(Perkara ini) dijadikan peluang oleh pertubuhan untuk membuat tohmahan-tohmahan dan kenyataan berangkai berbaur fitnah termasuklah dengan menubuhkan laman Facebook khas bagi menimbulkan kemarahan dan kebencian kumpulan veteran tentera secara berterusan terhadap ketua pengarah dan warga jabatan. “Malah, telah mencemarkan kredibiliti ketua pengarah dan warga jabatan yang melaksanakan tugas dengan niat suci hati dan tanggungjawab selaku agensi yang menguruskan hal ehwal veteran tentera dan tanggungan,” kata JHEV. Rafique menegaskan, sekumpulan 30 veteran tentera hadir di ibu pejabat jabatan itu pada Isnin sebagai individu, bukan PPPM, malah ada juga yang bukan ahli. Beliau juga mempertahankan keputusan untuk mendapatkan penjelasan berhubung pelarasan pencen itu dengan JHEV, memandangkan jabatan itu yang menguruskan hal ehwal berkaitan veteran dan pencen mereka. “Apa salahnya hadir ke ibu pejabat JHEV untuk mendapatkan penjelasan mengenai hak kami? Kami bukan pergi ke sana untuk protes. Semuanya aman dan polis yang berada di situ juga boleh menjamin perkara ini,” katanya. Beliau juga mendakwa, Semaon menasihatinya seminggu sebelum itu agar membatalkan rancangan NGO itu berkumpul di ibu pejabat JHEV, memberi amaran bahawa mereka yang hadir berisiko ditangkap. “Saya beritahu (Semaon), bukan JPPM yang anjur perhimpunan itu dan mereka hadir atas kapasiti mereka sendiri sebagai bekas tentera,” katanya. Rafique juga berkata, dakwaan Semaon bahawa kumpulan itu tidak mendapat permit polis untuk berkumpul tidak masuk akal kerana mereka pergi ke sana sebagai individu dan PPPM tidak merancang sebarang protes. “Saya sedia disiasat berhubung dakwaan itu. Saya juga ingin mengingatkan ketua (pengarah) JHEV bahawa saya berhak mendapatkan pembelaan dari segi undang-undang atas tuduhan seriusnya terhadap saya dan PPPM,” katanya. News
Kerajaan sasar REE diproses dalam negara menjelang 2027, kata Rafizi Posted on 17/11/2024 Rafizi Ramli berkata, jika unsur nadir bumi (REE) dapat diproses ia memudahkan negeri kawal selia dan melesenkan perlombongan. (Gambar Bernama) KOTA BHARU: Kerajaan menyasarkan unsur nadir bumi (REE) akan dapat diproses dalam tempoh tiga tahun lagi, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. Beliau berkata, ini berikutan teknologi memproses REE hanya terdapat… Read More
Continue push to make Malay Asean’s second language, says Ismail Sabri Posted on 22/12/2024 Ismail Sabri Yaakob said Malay deserves recognition as it is widely spoken in most of the Asean countries. PETALING JAYA: Former prime minister Ismail Sabri Yaakob has urged his successor, Anwar Ibrahim, to continue the push for Malay to be made Asean’s second language as Malaysia will be chairing the… Read More
China upholds death sentence for high-profile child trafficker Posted on 19/12/2024 Child kidnappings have featured more prominently in Chinese popular culture recently. (AFP pic) BEIJING: China today upheld the death sentence for a child trafficker whose crimes shocked the nation and traumatised dozens of victims. Yu Huaying, 60, separated at least 17 children from their parents and sold them to other… Read More