DBKL arah henti kerja projek perumahan susulan ‘letupan’ Posted on 09/11/2024 Keadaan struktur binaan yang retak membabitkan sebuah projek perumahan di Wangsa Maju. PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengarahkan kerja pembinaan di sebuah projek perumahan di Wangsa Maju dihentikan susulan insiden letupan melibatkan kegagalan struktur binaannya, kelmarin. Dalam kenyataan, DBKL memaklumkan tindakan itu susulan aduan diterima daripada penduduk PPR Wangsa Sari berhubung kejadian membabitkan projek J Satine. Katanya, siasatan mendapati terdapat keretakan pada struktur ‘shear wall’, tiang dan lantai pada unit yang berada di tingkat lapan dan ke atas. “Satu notis bawah Seksyen 70B(2), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) telah dikeluarkan (pemberhentian pembinaan projek) kepada perunding dan mengarahkan diambil tindakan untuk beberapa perkara. “Ia termasuk memberhentikan semua kerja pembinaan dan menyelenggara tapak bina, melantik jurutera bebas bagi menjalankan pemeriksaan integriti struktur keseluruhan pembangunan J Satine. “Selain itu, ia diarah mengemukakan laporan hasil daripada pemeriksaan integriti struktur dan menjalankan kerja rektifikasi berdasarkan pengesyoran daripada jurutera bebas. Tempoh pemberhentian pembinaan projek adalah berdasarkan kepada pelaksanaan perkara itu,” katanya. Menurut DBKL, punca letupan dan kegagalan struktur masih belum ditentukan sehingga laporan integriti struktur dikemukakan kepada pihaknya. “DBKL mengambil perhatian serius terhadap insiden yang berlaku. Orang awam dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi dan mengeluarkan kenyataan tidak berasas khususnya melalui saluran media sosial,” katanya. News
Jeffrey Kitingan denies plotting against Sabah CM Hajiji, slams claims as political sabotage Posted on 13/12/2024 KOTA KINABALU, Dec 13 — Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah president Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan has denied allegations accusing him of conspiring against Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor. “I am aware of a video circulating on social media accusing me of conspiring against the Chief Minister of… Read More
Nadal to play singles for Spain at Davis Cup in final competition Posted on 20/11/2024 Rafael Nadal will open Spain’s Davis Cup quarter-final against the Netherlands on Tuesday in a singles match against Botic van de Zandschulp. (AP pic) MALAGA: So on-to-retire Rafael Nadal will open Spain’s Davis Cup quarter-final against the Netherlands on Tuesday in a singles match against Botic van de Zandschulp, tournament… Read More
SAR efforts underway for elderly man feared drowned after slippers found by Sungai Pengkalan riverbank in Melaka Posted on 18/11/2024 ALOR GAJAH, Nov 17 — An elderly man is feared to have drowned, after he was believed to have slipped into Sungai Pengkalan, here, early today. Melaka Fire and Rescue Department (JBPM) Zone 2 chief Zulkhairani Ramli said the victim, identified as Mokhtar Othman, 61, was last seen leaving his… Read More