Dentuman kuat, takungan pecah kali ke-2 paling teruk Posted on 30/12/2024 Pihak berkuasa tempatan berkata 10 rumah terjejas teruk dengan pihaknya menasihati mangsa berpindah, namun penduduk memilih kekal di rumah memandangkan air telah surut. (Gambar Facebook) SUNGAI BULOH: Penduduk terjejas akibat benteng takungan air Taman Sri Alam di Saujana Utama yang pecah petang tadi mendakwa terdengar dentuman kuat sebelum air melimpah deras memasuki rumah penduduk berhampiran. Hafifi Saleh, 38, berkata sebelum kejadian dia berada di luar rumah berbual bersama rakan dan ketika itu hujan sudah berhenti. “Ketika berbual saya mendengar dentuman kuat dan melihat benteng takungan air runtuh dan air mengalir deras memasuki rumah saya dan rumah jiran. “Saya kemudian bersama isteri dan anak saya masuk ke dalam pacuan empat roda untuk menyelamatkan diri,” katanya kepada Bernama. Hafifi yang bekerja sendiri, berkata dia tidak sempat menyelamatkan apa-apa barangan dalam rumahnya berikutan kejadian berlaku amat pantas dan air yang deras. “Air masuk ke dalam rumah setinggi dua kaki…banyak perabot dan barangan rosak,” katanya. Seorang lagi penduduk Samsudin Adun, 49, berkata kejadian petang tadi adalah yang kedua berlaku selepas kejadian pertama pada 2014, tetapi ketika itu tidak seteruk hari ini. Ketika kejadian dia sekeluarga tiada di rumah dan hanya mengetahui perkara berkenaan melalui kumpulan WhatsApp taman berkenaan. “Ada jiran maklumkan benteng takungan air di depan rumah telah runtuh dan berlaku banjir kilat, saya dan keluarga bergegas pulang dan mendapati rumah dimasuki air setinggi dua kaki bagaimanapun surut dalam 30 minit kemudian,” katanya. Dia berharap pihak bertanggungjawab membaiki tembok berkenaan segera berikutan kawasan itu sering dilanda hujan lebat kerana Monsun Timur Laut. Sementara itu, Ahli Majlis Zon 23 Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Maisarah Ismail, berkata pihaknya akan membina benteng penghadang sementara di kawasan runtuhan bagi mengelakkan limpahan air berlaku lagi jika hujan lebat. Beliau berkata dianggarkan 10 rumah terjejas teruk dan pihaknya telah menasihati mangsa untuk berpindah tetapi penduduk memilih kekal berada di rumah memandangkan air sudah surut dan mereka boleh melakukan kerja-kerja pembersihan. “Kerja-kerja membersihkan rumah yang terjejas dan sisa runtuhan akan dilakukan malam ini juga sebelum kerja membina benteng penghadang sementara dibuat,” katanya. Terdahulu, Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar dalam kenyataannya memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.15 petang. Benteng berkenaan pecah menyebabkan air melimpah ke seluruh taman perumahan itu, namun tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan. News
Official: Sabah Health Dept to better address work stress, bullying after doctor’s death in Lahad Datu Posted on 21/11/2024 KOTA KINABALU, Nov 21 — The Sabah Health Department (JKNS) will increase efforts to identify mental health issues among public healthcare workers following the death of a 30-year-old pathologist doctor in Lahad Datu, said Datuk Flovia Ng The assistant minister for community development and people’s well-being said the state department… Read More
Man Utd must be brave against Arsenal, says Amorim Posted on 03/12/2024 Manchester United’s head coach Ruben Amorim knew full well the scale of the task at hand, having lost their last three meetings with Arsenal. (AP pic) MANCHESTER: Manchester United are unbeaten in their first three games under Ruben Amorim and have climbed into the top half of the Premier League… Read More
Sarawak motorcyclist found pinned under lorry’s tyre after fatal crash in Song Posted on 22/12/2024 SONG, Dec 22 — A motorcyclist was killed in a collision with a lorry at Jalan Temalat here early this morning. The Fire and Rescue Department (Bomba) said they were notified about the incident at around 2.16am and dispatched six firefighters to the location. “Upon arrival, firefighters found the motorcyclist… Read More