Dihubungi ‘scammer’ dalam talian di Iraq, juruteknik rugi lebih RM900,000 Posted on 17/11/2024 Mangsa diminta membayar deposit RM100,000 bagi mengeluarkan ‘keuntungan’ RM8 juta oleh syarikat pelaburan dalam talian, kata polis. PETALING JAYA: Seorang juruteknik syarikat cari gali rugi RM908,305 selepas terpedaya dengan pelaburan dalam talian yang kononnya mampu memberi keuntungan dalam tempoh satu jam. Ketua Polis Johor M Kumar berkata lelaki berusia 48 tahun mendakwa menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada individu pelaburan terbabit ketika dia berada di tempat kerja di Iraq, Ogos lalu, Menurutnya, tertarik dengan keuntungan dijanjikan, mangsa kemudiannya memuat turun aplikasi sebelum membuat pendaftaran selain mengikuti kelas secara dalam talian yang menjelaskan prosedur urus niaga serta keuntungan. M Kumar. “Semasa berada di Kota Tinggi pada pertengahan September hingga bulan ini, dia telah membuat pembayaran secara dalam talian ke beberapa akaun bank berbeza seperti diarahkan sehingga berjumlah RM908,305. “Selepas bayaran dibuat, pelaburannya telah mencatatkan keuntungan berjumlah RM8 juta dan dia berhasrat mengeluarkan wang keuntungan berkenaan,” katanya dalam kenyataan. Kumar berkata untuk berbuat demikian mangsa diarahkan melakukan pembayaran sebanyak RM100,000 sebagai wang deposit, namun dia enggan. “Menyedari ditipu, dia membuat laporan polis semalam dengan kerugian RM908,305. “Kes disiasat mengikut 420 Kanun Keseksaan,” katanya. Beliau turut menasihatkan orang ramai lebih berwaspada dan tidak mudah terpedaya tawaran pelaburan dalam talian dengan pulangan tinggi dalam masa singkat. News
Selangor Sultan frets over rise in drug abuse, especially among Malays Posted on 18/11/2024 SHAH ALAM, Nov 18 — The Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah expressed concern over the worsening menace of drug addiction among the community. According to a post on Selangor Royal Office’s Facebook, the Sultan revealed the matter following the disclosure of statistics of drug abusers and addicts in… Read More
Wan Saiful gesa umum segera ‘exit strategy’ wakil U Mobile dalam DNB Posted on 22/11/2024 Pada 1 Nov lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengumumkan U Mobile yang dipengerusikan taikun Vincent Tan dipilih melaksanakan rangkaian 5G kedua negara. (Gambar U Mobile) PETALING JAYA: Seorang wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) meminta kerajaan mengumumkan segera ‘exit strategy’ wakil U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) dalam Digital Nasional Bhd… Read More
Finance Ministry: RM10.78b withdrawn from EPF Account 3 as at Sept 30 Posted on 03/12/2024 KUALA LUMPUR, Dec 3 — A total of RM10.78 billion has been withdrawn from the Employees Provident Fund (EPF) Account 3 (Flexible Account) by members below 55, stated the Ministry of Finance (MoF). The ministry said in a parliamentary written reply yesterday that the sum involved 3.86 million or 29.4… Read More