Diskriminasi tunai solat Jumaat, exco Johor seru pekerja buat laporan Posted on 26/11/2024 Bermula 1 Jan 2025, kerajaan Johor menetapkan tempoh waktu rehat pada Jumaat bagi sektor awam dan swasta dipanjangkan kepada dua jam. (Gambar Bernama) ISKANDAR PUTERI: Pekerja beragama Islam berdepan isu diskriminasi menunaikan kewajipan solat Jumaat bermula 1 Jan depan diminta membuat aduan berhubung kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Johor. Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata justeru itu, majikan ingkar dengan tidak memberi waktu rehat mencukupi pada setiap Jumaat, boleh dikenakan tindakan. “Sesiapa yang tidak membenarkan pekerja menunaikan solat Jumaat atau waktu solat pada waktu kerja mereka disusahkan, maka pekerja boleh mengadu perkara itu kepada JTK di bawah Akta Pekerja kerana diskriminasi dan majikan terlibat akan diambil tindakan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Abdul Aziz Talib (PN-Maharani) mengenai kesediaan kerajaan negeri memudahkan pelaksanaan solat Jumaat bermula 1 Jan 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Kota Iskandar. Pada 7 Okt, Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bertitah penyelarasan semula cuti hujung minggu kepada Sabtu dan Ahad bermula 1 Jan 2025 di Johor mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan pandangan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ). Tunku Mahkota Ismail turut bertitah, agar semua syarikat swasta, pihak kerajaan, dan pihak berkaitan memberikan ruang dan masa mencukupi untuk pekerja Muslim menunaikan solat Jumaat. Khamis lalu, Menteri Besar Johor Onn Hafiz Ghazi ketika membentangkan Belanjawan Johor 2025 memaklumkan kerajaan negeri menetapkan tempoh waktu rehat hari Jumaat bagi sektor awam dan swasta dipanjangkan kepada dua jam, bermula 1 Jan tahun depan berbanding hanya satu jam 30 minit ketika ini. Sementara itu, Fared yang juga Adun Negeri Semerah, berkata sejumlah 26 sekolah di negeri ini melibatkan 15 sekolah di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan 11 sekolah di bawah JAINJ dikesan berdepan kesukaran untuk melaksanakan solat Jumaat pada hari persekolahan. “Sekolah ini telah memohon kebenaran Jabatan Mufti Johor agar surau mereka atau surau kariah berhampiran dinaik taraf menjadi Surau Jumaat. Sebagai langkah penyelesaian, Jabatan Mufti Johor juga telah mengeluarkan Garis Panduan Pelaksanaan Solat Jumaat di Sekolah-sekolah. “Ia melibatkan sekolah yang jaraknya melebihi radius tiga kilometer dari kawasan masjid, jumlah murid, dan guru Islam yang ramai dan sekolah tidak mempunyai penempatan penduduk serta kemudahan menunaikan solat Jumaat di kawasan sekitar,” katanya. Sebelum ini, Onn Hafiz dilaporkan berkata bagi memastikan pelajar lelaki beragama Islam dapat menunaikan solat Jumaat, maka JPNJ dan JAINJ bersama Jabatan Mufti Johor akan menambah bilangan surau termasuk dewan di sekolah bagi pelaksanaan solat Jumaat. News
Banjir: Mangsa dipindahkan meningkat lebih 142,000 Posted on 01/12/2024 Di Kelantan jumlah mangsa banjir ditempatkan di 285 PPS mencecah 93,158 orang daripada 28,830 keluarga setakat malam tadi. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 146,611 orang malam ini berbanding 142,684 petang tadi, dengan Kelantan terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi. Situasi… Read More
Trade ties constrain Malaysia’s South China Sea response, says analyst Posted on 23/11/2024 Political analyst Oh Ei Sun said Malaysia should boost efforts directed toward bolstering relations with the United States. KUALA LUMPUR: Strong economic ties with China makes it difficult for Malaysia to be more active in meeting confrontations with Chinese vessels in the South China Sea, according to a think tank…. Read More
Dewan Bahasa refutes ‘baseless’ social media claims of burning Iban books, reaffirms commitment to cultural preservation efforts Posted on 09/11/2024 KUCHING, Nov 9 — Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) has denied allegations that it had burned Iban works of literature and books. In a statement today, DBP stressed that such a statement, which has been widely circulated in social media, is unfounded, untrue and may cause confusion and misunderstanding and… Read More