Eksport minyak sawit negara susut 9.97% pada Disember Posted on 10/01/2025 Menurut MPOB, pengeluaran MSM bagi Disember lepas merosot 8.30% kepada 1.49 juta tan daripada 1.62 juta tan pada November. KUALA LUMPUR: Eksport minyak sawit Malaysia pada Disember lepas menyusut 9.97% kepada 1.34 juta tan daripada 1.49 juta tan pada bulan sebelumnya, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Dalam laporan prestasi industri pada Disember 2024, MPOB berkata, pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) bagi bulan tersebut merosot 8.30% atau 134,508 tan kepada 1.49 juta tan daripada 1.62 juta tan pada November. Pengeluaran isirung sawit menurun 6.84% bulan ke bulan kepada 336,618 juta tan pada Disember daripada 361,340 tan pada bulan sebelumnya. Pengeluaran minyak isirung sawit mentah menyusut 10.98% kepada 156,927 tan daripada 176,292 tan pada November, manakala hampas isirung sawit merosot 12.31% kepada 172,830 tan daripada 197,095 tan. Dari segi inventori, agensi itu melaporkan stok MSM menurun 1.45% kepada 894,321 tan berbanding 907,494 tan pada November. Simpanan stok minyak sawit yang diproses menurun 12.25% kepada 814,426 tan daripada 928,147 tan pada bulan sebelumnya manakala jumlah stok minyak sawit merosot 6.91% kepada 1.71 juta tan daripada 1.84 juta tan pada November. MPOB berkata, penurunan ketara dalam eksport minyak isirung sawit sebanyak 11.65% kepada 95,918 tan pada Disember daripada 108,568 tan pada November. Eksport hampas isirung sawit menyusut 8.90% kepada 177,553 tan pada Disember daripada 194,901 tan pada bulan sebelumnya. Selain itu, eksport oleokimia pada Disember menurun sedikit kepada 223,447 tan, susut 0.38% daripada 224,290 tan pada November. Bagaimanapun, eksport biodiesel melonjak 29.69% kepada 15,231 tan daripada 11,744 tan pada November. MPOB melaporkan import MSM sifar pada Disember manakala import minyak isirung sawit melonjak 139.50 % kepada 20,291 tan daripada 8,472 tan pada bulan sebelumnya. News
Penang police: 22 arrested over lawyer’s assault in Persiaran Karpal Singh Posted on 27/12/2024 GEORGE TOWN, Dec 27 — Police have arrested 22 men, including the prime suspect, in connection with the assault of a lawyer in front of a cafe at Persiaran Karpal Singh on Oct 22. Timur Laut district police chief ACP Abdul Rozak Muhammad said the arrests were made in separate… Read More
No dashcam footage found in senior cop’s car, murder trial told Posted on 11/01/2025 Nazri Abdul Razak, a deputy superintendent of police, is charged with murder in the death of Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, on Dec 15, 2023. (Bernama pic) IPOH: A dashcam in a Perodua Ativa driven by a senior police officer involved in a crash that killed a Form 5 student… Read More
North Korean soldier captured in Russia-Ukraine war dies Posted on 27/12/2024 Pyongyang has deployed thousands of troops to reinforce Russia’s military, including in the Kursk border region where Ukraine mounted a shock border incursion in August. (AFP pic) SEOUL: A North Korean soldier who was captured while fighting in Russia’s war against Ukraine has died of his wounds, South Korea’s spy… Read More