Enggan berhenti, polis kejar 4WD dari Muar-KL Posted on 21/11/2024 Ketua Polis Johor M Kumar, berkata kenderaan dinaiki suspek rempuh palang tol di Jasin sebelum merempuh dan melepasi penghadang jalan di Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat motif enam lelaki tempatan menaiki kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dikejar sejauh 180km kerana enggan memberhentikan kenderaan. Ketua Polis Johor M Kumar, berkata semua mereka berusia lingkungan 25 hingga 35 tahun itu ditahan di kawasan Damansara dekat Kuala Lumpur, kira-kira 7 pagi tadi. Katanya, kereta peronda polis (MPV) mengejar 4WD itu sejauh 180km bermula dari Jalan Bakri hingga Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. “Dalam insiden tersebut, 4WD jenis Toyota Hilux yang telah melanggar lampu isyarat merah tidak mengendahkan arahan MPV untuk memberhentikan kenderaan. “Dalam insiden mengejar itu, kenderaan suspek telah keluar ke tol Jasin dengan merempuh palang tol tersebut dan terus berlangsung sehingga suspek keluar di tol Sungai Besi. Setibanya di Jalan Chan Sow Lin, suspek telah merempuh dan melepasi penghadang jalan di Chan Sow Lin, Kuala Lumpur,” katanya. Beliau berkata demikian menurut Bernama pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Johor di IPK Johor, Johor Bahru. Penyerahan tugas tersebut dilakukan daripada Afandi Senin kepada Pemangku Timbalan Ketua Polis Johor, Nor Azizi Maarof. Kumar ketika mengulas lanjut, berkata pihaknya masih menyiasat motif mereka melarikan diri. “Kita juga masih menyiasat sama ada semua suspek berkenaan mempunyai rekod jenayah,” katanya. News
Malaysia stands firm on sovereignty, no need for new maritime map, says defence minister Posted on 17/11/2024 JOHOR BARU, Nov 17 — Malaysia sees no need to issue a new maritime boundary map and remains steadfast in defending the nation’s sovereign territories. Defence Minister Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin emphasised that Malaysia prioritises diplomacy, engaging in discussions and negotiations to address challenges arising from overlapping claims. “Following… Read More
Three suspected car thieves killed in early morning shootout with Penang cops in Nibong Tebal Posted on 13/11/2024 GEORGE TOWN, Nov 13 — Three men, believed to be involved in 33 car theft and robbery cases in Penang, were shot dead after engaging in a shootout with the police in Nibong Tebal early this morning. In the 5.30am incident, a police team was conducting anti-crime operations when they… Read More
Honda to stop making its iconic ‘Super Cub 50’ bike in May Posted on 09/11/2024 Honda’s Super Cub is the most-produced motorcycle in the world. (Kyodo/Reuters pic) TOKYO: Honda Motor Co plans to end production of its iconic ‘Super Cub 50’ motorcycle in May 2025, ahead of the introduction of stricter vehicle emissions standards in Japan later that year, according to Kyodo News Agency. Honda… Read More