Fahmi ibarat hubungan PAS-Bersatu ‘retak menanti belah’ Posted on 26/11/2024 Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan Fahmi Fadzil turut menyifatkan prestasi pembangkang sebagai semak dan imbang juga sendu, terutama di dalam sidang Dewan Rakyat. (Gambar Bernama) KUALA LUMPUR: Beberapa isu dalaman yang melanda Perikatan Nasional (PN) ketika ini menggambarkan hubungan PAS dan Bersatu bagaikan ‘retak menanti belah’, kata Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil. Beliau yang juga ketua penerangan PKR menyifatkan hubungan PAS-Bersatu semakin panas berikutan ‘perbalahan’ isu ‘poster boy’ (calon perdana menteri) PN dan terbaharu pengguguran wakil Bersatu dalam rombakan exco Perlis. Selain isu dalaman, beliau turut menyifatkan prestasi pembangkang sebagai semak dan imbang juga sendu, terutama di dalam sidang Dewan Rakyat. “… baru-baru ini kita lihat desakan pengerusi (PN) cari ‘poster boy’ baharu, Adun digugurkan di Perlis dan acara besar di Terengganu tidak dijemput pimpinan tertinggi Bersatu, ini bibit-bibit menunjukkan kelemahan dalam PN dan hubungan yang semakin renggang, semakin hari semakin jelas. “Sudah pasti juga ‘performance’ pembangkang di Parlimen cukup sendu bila mereka tidak boleh membincangkan isu yang substantif, malah untuk dua tahun berturut mereka gagal tampilkan belanjawan alternatif, kita lihat ini retak menanti belah,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Aplikasi MYTV Mana-Mana di IHU Proton. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pengguguran dua Adun Bersatu daripada jawatan exco Perlis pimpinan PN. Menurut laporan sebuah portal berita tempatan, alasan pengguguran Adun berkenaan bukan disebabkan prestasi tugas sebaliknya didakwa atas faktor politik. Sebelum ini ‘perbalahan’ dalam PN terserlah, apabila Naib Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu dalam satu kenyataan mengesyorkan Muhyiddin Yassin sebagai calon tunggal jawatan perdana menteri PN pada PRU akan datang. Bagaimanapun, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin yang menegaskan parti itu lebih layak memimpin PN sekali gus menolak cadangan Muhyiddin sebagai calon PM untuk gabungan tersebut. Sementara itu, mengulas polemik penggunaan dwibahasa di papan tanda, beliau yang juga menteri komunikasi berkata setiap pihak berkuasa tempatan (PBT) sudah menetapkan peraturan bagi penggunaan bahasa di papan tanda kedai atau premis. Justeru, Fahmi berkata tidak sepatutnya perkara itu dijadikan polemik kerana pemilik premis seharusnya mematuhi peraturan yang ditetapkan. “Kita sedar setiap PBT ada menetapkan peraturan tertentu termasuk papan tanda kepada peniaga mereka harus faham dan patuh. “Isu ini tidak patut dipolemikkan, tetapi dalam aspek penguatkuasaan, diharapkan ia tidak bersifat bermusim misalnya ditonjolkan di media sosial baru ambil tindakan, sewajarnya pemantauan sentiasa dibuat. “Sekiranya papan tanda itu dari awal lagi dikenal pasti melanggar peraturan, jangan tunggu bertahun baru ambil tindakan kerana boleh mencetuskan persepsi berbeza kepada rakyat…perlu berlaku adil dari awal,” katanya. News
Vote us and you’ll get Sabah bank and airline, KDM promises locals ahead of state election Posted on 18/11/2024 KOTA KINABALU, Nov 17 — Establishing Sabah’s own bank and airline are two additional manifestos announced by the Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) for the upcoming 17th State Election. These new manifestos were unveiled by KDM President Datuk Peter Anthony during the KDM Kudat Division launch in Kampung Kalipuon, Pitas… Read More
Natural Resources Ministry: Malaysia moves closer to single-use plastic bag ban by 2026, engages states on roadmap Posted on 08/11/2024 KUALA LUMPUR, Nov 7 — The Ministry of Natural Resources and Environmental Sustainability (NRES) is considering a nationwide ban on single-use plastic bags by 2026. In a written reply posted on the Parliament’s website, NRES stated that this policy is already in force in Negeri Sembilan, Penang, and Kota Kinabalu,… Read More
Bendung segera isu kaum, agama, titah Sultan Perak Posted on 09/11/2024 Sultan Nazrin Shah berangkat ke Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-68 Sultan Perak di Istana Iskandariah. (Gambar Bernama) KUALA KANGSAR: Isu agama dan kaum terus dijadikan bahan untuk berpolitik yang mengancam perpaduan rakyat negara ini perlu segera dibendung,… Read More