FashionValet: SPRM beku akaun persendirian, syarikat bernilai hampir RM1.1 juta Posted on 07/11/2024 Turut dilaporkan hari ini, SPRM menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dianggarkan bernilai RM200,000 dalam pemeriksaan di kediaman Vivy Yusof dan Fadzarudin Anuar. (Gambar Instagram) PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik pengasas platform e-dagang FashionValet bernilai kira-kira RM1.1 juta. Pembekuan tersebut susulan siasatan SPRM terhadap pasangan suami isteri, Vivy Yusof dan Fadzarudin Anuar, berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta. “Sejak siasatan dijalankan, SPRM menerusi ‘Op Favish’ telah membekukan kira-kira 11 akaun persendirian dan enam akaun syarikat bawah seliaan pasangan suami isteri ini bernilai kira-kira RM1.1 juta bagi membantu siasatan,” menurut sumber, lapor Bernama. Terdahulu, SPRM dilaporkan mengambil beberapa dokumen dalam serbuan serentak pada Isnin di Kementerian Kewangan, Khazanah dan FashionValet untuk membantu siasatan. Selain itu, SPRM juga merakam keterangan beberapa individu penting seperti pegawai kanan Khazanah, PNB dan FashionValet termasuk pengasasnya serta akauntan dan penilai syarikat. Turut dilaporkan hari ini bahawa suruhanjaya itu menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dianggarkan bernilai RM200,000 dalam pemeriksaan di kediaman pengasas bersama FashionValet itu. Menurut sumber, penggeledahan bermula 5.30 petang sehingga 8 malam membabitkan 12 pegawai SPRM yang turut disertai peguam pasangan itu, Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan pembekuan akaun dan pembongkaran tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. Beliau berkata, pasangan tersebut akan hadir lagi ke Ibu Pejabat SPRM pada 10 pagi esok untuk menyambung proses merakam keterangan. News
Liew calls for push on EVs to cut petrol usage Posted on 09/11/2024 Liew Chin Tong, the deputy minister for investment, trade and industry, taking a look at a newly-assembled Chery car at the assembly plant in Kulim today. (Facebook pic) PETALING JAYA: A deputy minister has called for a big push on the use of electric vehicles (EVs) to cut petrol usage… Read More
MCA Youth leader named BN Youth communications chief Posted on 07/12/2024 Neow Choo Seong, newly-appointed BN Youth communications chief, with BN Youth chief Dr Akmal Saleh. (Facebook pic) PETALING JAYA: The head of MCA Youth, Neow Choo Seong, has been appointed Barisan Nasional Youth communications director. In a statement, Neoh expressed gratitude for the trust and responsibility entrusted to him by… Read More
Manhunt on for gang who robbed Ipoh jeweller of RM1.5m in gold Posted on 27/11/2024 IPOH, Nov 26 — Police are tracking down a group of men suspected of committing armed robbery against two men and making off with jewellery worth an estimated RM1.54 million in an incident here today. Acting Perak police chief DCP Zulkafli Sariaat said they received information regarding the incident at… Read More